Bekas MP BN Langkawi meninggal dunia di Jerman

November 28, 2022 · Isu semasa

Ketua UMNO Bahagian Langkawi Datuk Nawawi Ahmad, 61, yang juga bekas Ahli Parlimen Langkawi meninggal dunia awal pagi tadi di Frankfurt, Jerman.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Langkawi Nor Saidi Nanyan menurut laporan Bernama ketika dihubungi hari ini berkata Allahyarham berada di Jerman atas urusan kerja sebagai Ahli Lembaga Pengarah Tenaga Nasional Berhad (TNB).

“Isterinya, Datin Shabariah Md Hassan turut berada di sana. Ketika ini saya difahamkan anak Allahyarham juga sedang dalam perjalanan ke Jerman bagi menguruskan jenazah bapanya.

“Saya sempat menghubungi isterinya dan dimaklumkan jenazah kemungkinan akan dikebumikan di sana tetapi masih belum dimuktamadkan lagi,” katanya.

Nawawi yang menjadi Ahli Parlimen Langkawi mulai 2013 hingga 2018 berpengalaman luas dalam bidang politik dan pernah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Kuah antara 2004 hingga 2013.

Bagaimanapun Allahyarham tewas kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang bertanding atas tiket PKR di Parlimen Langkawi pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Berita berkaitan
Naik sedikit gaji penjawat awam pada Oktober, kata PMX
August 11, 2023· Politik
Infineon: PMX ‘claim’ kerja orang kata Sanusi
August 5, 2023· Politik
Dr Mahathir terima rawatan di IJN
August 4, 2023· Isu semasa
Pengguna media sosial kecam Fahmi kritik Dr Mahathir sebagai ‘Maha Tua’
July 31, 2023· Politik
Popular
Hina Sultan Selangor: Hukuman penjara pendakwah bekas penasihat agama Guan Eng kekal
September 25, 2023
Gaduh kumpulan motosikal besar, seorang ditahan positif dadah
September 25, 2023
Dia juga membantu orang miskin, kata PMX semasa pertemuan dengan Syed Mokhtar
June 2, 2023
Seorang lelaki warga Indonesia ditahan dengan nilai dadah RM1.9 juta dirampas
September 25, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Anggota pukul wanita dalam video tular sedang disiasat polis
4 jam lalu · Isu semasa
Penyusutan nilai sektor komoditi punca perdagangan negara susut: Liew
4 jam lalu · Isu semasa
Seorang lelaki warga Indonesia ditahan dengan nilai dadah RM1.9 juta dirampas
5 jam lalu · Isu semasa
Gaduh kumpulan motosikal besar, seorang ditahan positif dadah
5 jam lalu · Isu semasa
Ramalan kaji cuaca ramal ribut petir dan angin kencang di utara semenanjung
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Saya bukan orang jahat, SPRM tanya empat soalan REE, kata Sanusi
7 jam lalu
[VIDEO] Untuk menang PRK Pelangai, jentera PN bersemangat bila pemimpin ada keyakinan
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok