Bekas Menteri Kewangan II enggan campur urusan 1MDB: Saksi kes Najib

June 20, 2022 · Isu semasa

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa bekas Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah tidak mahu campur tangan dalam urusan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Setiausaha Bahagian Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) Datuk Siti Zauyah Mohd Desa memberitahu mahkamah Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi memaklumkan bahawa 1MDB hanya berurusan dengan Najib berhubung operasi dan hal ehwal syarikat.

Menurutnya Shahrol Azral memaklumkan demikian ketika proses perbincangan dan penukaran saham Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) kepada MKD pada 2009.

Ketika menjawab soalan peguam Tan Sri Muhamad Shafee Abdullah, Siti Zauyah berkata, ketika itu pihak pengurusan 1MDB tidak memberikan kerjasama dan enggan berbincang mengenai perkara berkaitan Memorandum dan Artikel Pertubuhan syarikat 1MDB yang tidak sama dengan syarikat di bawah MKD yang lain serta terdapat pindaan dibuat tanpa kebenaran.

“Mereka (1MDB) ada PM di belakang, sebab itu mereka beritahu hanya berurusan dengan PM,” katanya memetik laporan BH.

Saksi itu berkata, beliau kemudian membangkitkan perkara terbabit kepada Ahmad Husni, namun bekas Menteri Kewangan II memberitahunya bahawa beliau (Ahmad Husni) tidak mahu terbabit dengan isu berkenaan.

Katanya, Ketua Setiausaha Perbendaharaan ketika itu, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah juga memberitahunya supaya tidak berbuat apa-apa mengenainya.

Ahmad Husni dalam keterangan sebelum ini memberitahu mahkamah, beliau diminta oleh Najib supaya tidak campur tangan mengenai perancangan pelaburan 1MDB dalam syarikat perkhidmatan dan pengeluaran minyak, PetroSaudi International Ltd.

Beliau turut memberitahu mahkamah mengenai kebimbangannya dengan keadaan negara dan Najib berikutan penubuhan 1MDB, sehingga membuatkannya menghantar surat peribadi kepada Ahli Parlimen Pekan itu pada Ogos 2010.

Siti Zauyah dalam keterangannya sebelum ini berkata, klausa Artikel 117 Memorandum dan Artikel Pertubuhan syarikat 1MDB yang menyatakan lantikan dan penyingkiran mana-mana pengarah syarikat itu tidak akan berkuat kuasa tanpa mendapat kelulusan bertulis Perdana Menteri, tidak dirujuk kepada MKD ketika proses perbincangan dan penukaran saham TIA kepada pihaknya.

Klausa Artikel 117 Memorandum dan Artikel Pertubuhan 1MDB juga menetapkan sebarang komitmen kewangan (termasuk pelaburan) dan penstrukturan semula yang berkemungkinan menjejaskan jaminan oleh kerajaan bagi faedah syarikat dan kepentingan serta keselamatan negara, memerlukan kelulusan bertulis perdana menteri.

Siti Zauyah berkata, pihaknya juga tidak tahu bagaimana Klausa 117 itu dimasukkan kerana ia disediakan lebih awal oleh setiausaha syarikat 1MDB sebelum dipindah milik kepada MKD.

Siti Zauyah memberi keterangan terhadap Najib, 68, yang menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Berita berkaitan
PH tak desak PRU-15 disegerakan walaupun tamat MoU 31 Julai
July 2, 2022· Politik
Permohonan Irwan, Arul Kanda batal saman 1MDB didengar 19 Okt
July 1, 2022· Isu semasa
Permohonan Rosmah cuba singkir lagi Sri Ram didengar 6 Julai
June 30, 2022· Isu semasa
Kes Guan Eng, saksi tak tahu berapa kali rasuah dibayar
June 28, 2022· Isu semasa
Popular
Nissan Skyline R32 dipamer di Art of Speed dirampas polis
July 3, 2022
Pemuda UMNO kritik penubuhan Pasukan Khas Jihad diumum Ismail Sabri
July 3, 2022
Jika harga barang tak turun, PM tak tolak pertimbang kenaikan bantuan tunai
July 3, 2022
Daripada berhimpun, baik jumpa saya cari jalan turun harga barang: Annuar
July 3, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Daripada berhimpun, baik jumpa saya cari jalan turun harga barang: Annuar
9 jam lalu · Isu semasa
Jika harga barang tak turun, PM tak tolak pertimbang kenaikan bantuan tunai
9 jam lalu · Isu semasa
Nissan Skyline R32 dipamer di Art of Speed dirampas polis
11 jam lalu · Isu semasa
Pemuda UMNO kritik penubuhan Pasukan Khas Jihad diumum Ismail Sabri
13 jam lalu · Isu semasa
Kompleks hiburan sukan konsep digital RM6 juta bakal dibina di Ketereh
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok