Bekas Menteri Kesihatan sedia beri kerjasama isu rasuah perolehan Covid-19

May 25, 2022 · Isu semasa

Bekas Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba sedia memberikan kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) berikutan dakwaan berlaku isu rasuah dan penyelewengan berhubung perolehan berkaitan Covid-19.

Beliau yang memegang portfolio itu semasa negara sedang berhadapan dengan wabak itu mula melanda negara mengakui pernah menerima sendiri aduan mengenai perkara itu sekali gus menjelaskan perkara itu berlaku di peringkat pentadbiran, lapor Bernama.

Menurutnya sewaktu keadaan pandemik banyak proses pemerolehan tidak melalui prosedur biasa dan terdapat kekeliruan dalam melaksanakan perkara itu.

“Kita gunakan perolehan kecemasan jadi keperluan mendesak banyak benda yang dilakukan nak cepat ada yang terpaksa pesan dahulu dan ada juga yang perlukan deposit, ini semua tak melalui proses-proses seperti biasa, ada perkara-perkara yang saya sedar dan saya sebagai menteri pada ketika itu menasihati mereka.

“Saya sebagai menteri saya menjaga dasar dan pelaksanaan dilakukan oleh pihak pentadbiran, saya menyenaraikan semua keperluan pelaksanakan oleh mereka, saya bersedia untuk beri kerjasama kepada SPRM tidak ada keraguan kerana ini penggunaan kecemasan pertama kali,” katanya.

Dr Adham berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis pertukaran memorandum persefahaman (MoU) di antara National Instituteof Biotechnology Malaysia, Solution Biologics Sdn Bhd dan Cansino Biologics Inc (CanSino).

Semalam Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki dilaporkan berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan terhadap perolehan berkaitan Covid-19 melibatkan rasuah dan penyelewengan selain turut melihat kepada penyalahgunaan kuasa.

Berkenaan majlis itu, Dr Adham yang juga Menteri Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berkata MoU yang telah ditandatangani oleh tiga pihak itu bertujuan memupuk kerjasama jangka panjang dalam pembangunan, penyelidikan dan pengkomersialan vaksin manusia.

“MoU ini memberi tumpuan kepada program penyelidikan bersama pembangunan vaksin terpilih, pertukaran penyelidik dan pakar teknikal, pemindahan teknologi dan pengetahuan serta pengkomersialan produk vaksin untuk pasaran Malaysia dan antarabangsa.

Berita berkaitan
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Popular
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
Polis tahan 11 lagi saksi kes tarian separuh bogel majlis Aidilfitri
June 4, 2022
Mahkamah boleh buat keputusan segera terhadap Najib: Peguam
August 21, 2022
Dr. Sheikh Muszaphar kongsi cara didik anak
October 5, 2021
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok