Bekas MB Johor meninggal

Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian meninggal dunia di rumah anaknya di Damansara, Kuala Lumpur, jam 11.45 malam tadi.

Perkara itu disahkan oleh abangnya, Datuk Aziz Sapian sebentar tadi.

“Saya diberitahu mengenai pemergiannya oleh salah seorang adik saya lebih kurang 11 lebih tadi.

Buat masa ini, ahli keluarga di Kuala Lumpur sedang menguruskan jenazahnya,” kata lapor Bernama.

Pada 13 Oktober lalu, Osman, 69, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kempas dan Ketua Bahagian Bersatu Ayer Hitam dilaporkan dimasukkan ke Hospital Pakar KPJ Johor selepas diserang strok ringan.

Pada November lalu beliau dilaporkan dirawat di Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM), Selangor.

Osman dilantik sebagai Menteri Besar Johor ke-16 selepas Pilihan Raya Umum pada 2018.

Beliau adalah menteri besar bagi tempoh 12 Mei 2018 sehingga 8 April 2019.

BERITA BERKAIT
POPULAR