Bekas KSN dedah 1MDB ditubuh sebagai cara BN dapat dana politik

June 7, 2022 · Isu semasa

Bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Sidek Hassan hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa mengikut pemahamannya syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ditubuhkan untuk dijadikan dana politik kepada parti kerajaan ketika itu iaitu Barisan Nasional (BN).

Mohd Sidek, 71, berkata oleh sebab itu, beliau tidak pernah bertanya kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atau mana-mana pihak dalam 1MDB berkenaan masalah yang berlaku dalam syarikat tersebut, menurut laporan Bernama.

Menurutnya, isu-isu yang melanda 1MDB hanya diketahuinya melalui media massa seperti surat khabar dan bacaan di internet dan beliau mengetahui isu itu berkaitan dakwaan salah guna dana.

“Saya juga tahu bahawa adanya penyiasatan oleh agensi tempatan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas 1MDB melalui pembacaan saya di surat khabar tempatan, namun saya tidak pernah ditaklimat atau diberitahu secara lanjut apakah butiran penyiasatan ke atas 1MDB.

“Saya sahkan Datuk Seri Najib selaku perdana menteri (ketika itu) tidak pernah memberitahu saya berkenaan isu-isu yang berlaku dalam 1MDB, walaupun saya dilantik menjadi seorang daripada Ahli Lembaga Penasihat 1MDB.

“Saya juga tidak pernah bertanya Datuk Seri Najib kenapa tiada sebarang mesyuarat Ahli Lembaga Penasihat 1MDB diadakan sepanjang tempoh saya menjawat jawatan itu dan tiada mana-mana wakil 1MDB melaporkan kepada saya tentang operasi dan pelaburan yang dibuat oleh pihak syarikat tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksinya pada pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustaffa P Kunyalam dalam perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram dana RM2.3 bilion milik 1MDB yang dihadapi bekas perdana menteri itu.

Sementara itu, saksi pendakwaan ke-19 itu berkata beliau beranggapan pelantikannya sebagai Ahli Lembaga Penasihat 1MDB hanyalah untuk menambah pendapatannya sebagai KSN yang dianggap tidak setimpal oleh Najib.

“Ketika Datuk Seri Najib menjadi perdana menteri, beliau pernah bertanyakan kepada saya tentang gaji yang saya terima selaku KSN dan beliau merasakan gaji saya selaku KSN adalah agak kecil,” katanya yang memegang jawatan KSN daripada September 2006 hingga Jun 2012.

Menjelaskan mengenai pelantikan sebagai Ahli Lembaga Penasihat 1MDB, Mohd Sidek berkata ia dibuat secara rasmi melalui satu surat bertarikh 30 Ogos 2012 yang dikeluarkan oleh Najib.

“Walaupun saya dilantik menjadi Ahli Lembaga Penasihat 1MDB, saya tidak pernah terlibat dalam sebarang mesyuarat atau perbincangan mengenai isu-isu syarikat itu dan tidak pernah dijemput hadir ke mesyuarat tahunan 1MDB. Selain itu, saya juga tidak pernah meminta Datuk Seri Najib atau pihak 1MDB untuk dilantik menjadi Ahli Lembaga Penasihat ini,” katanya.

Menurut Mohd Sidek, beliau menerima bayaran elaun sebanyak RM30,000 sebulan dalam tempoh lantikannya sebagai Ahli Lembaga Penasihat 1MDB.

“Selepas saya bersara sebagai KSN, saya masih menerima pembayaran elaun sebanyak RM10,000 sebulan sehingga jawatan saya dalam 1MDB ditamatkan pada Jun 2015,” katanya.

Tambah Mohd Sidek, pada 2 Jun 2016 beliau menerima surat daripada Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy berhubung pembubaran Lembaga Penasihat tersebut.

“Melalui surat ini, saya tidak diberitahu sebab-sebab pembubaran Lembaga Penasihat 1MDB dan saya tidak tahu kenapa ia telah diputuskan untuk dibubarkan. Saya juga tidak bertanya kepada Datuk Seri Najib atau pihak 1MDB kenapa Lembaga Penasihat ini dibubarkan,” katanya.

Najib, 68, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Perbicaraan dijalankan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah.

Berita berkaitan
Kes Guan Eng, saksi tak tahu berapa kali rasuah dibayar
June 28, 2022· Isu semasa
Kedua-dua lambang boleh digunakan PAS, kata Sanusi
June 26, 2022· Politik
Noh beri penjelasan pemecatan pengikut Najib, salah lantik
June 26, 2022· Politik
Keputusan kes rasuah bekas Exco Johor ditangguh 7 Ogos
June 26, 2022· Isu semasa
Popular
Bank saman bekas presiden, 17 lagi isu pinjaman RM400 juta: Laporan
June 29, 2022
Zahid sakit pula, perbicaraan petang ini disambung esok
June 29, 2022
Zahid setuju dia diberi ruang luas bela diri di mahkamah
June 29, 2022
Polis rampas senjata api tempur, tahan adik ketua geng Tiger
June 28, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Laidlaw tak layak wakili Najib, kata peguam KL kepada mahkamah
59 minit lalu · Isu semasa
Wan Fayhsal sahut cadangan potong gaji Menteri untuk bantu rakyat
2 jam lalu · Isu semasa
PM umum pasukan petugas khas tangani inflasi
2 jam lalu · Isu semasa
Pendakwaan kata hakim kes SRC Najib tiada konflik kepentingan
2 jam lalu · Isu semasa
Mustapa nafi seleweng dana UMNO, tak terima tekanan sertai Bersatu
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tajuddin sedia jadi calon Bebas atau Pas jika UMNO ‘main kasar’
June 27, 2022
[VIDEO] Zahid wajar fokus kes mahkamah, mudah-mudahan selamat, sindir Tajuddin
June 27, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok