Bekas KSN beri penjelasan dakwaan 1MDB dijadikan dana politik BN

June 8, 2022 · Isu semasa

Susulan pendedahan semalam berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dijadikan dana politik Barisan Nasional (BN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan memberi penjelasan lanjut hari ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN) itu memberitahu mahkamah tanggapan tersebut dibuat memandangkan terdapat perbincangan Kabinet di mana menteri digalakkan mencadangkan bagaimana dana 1MDB boleh digunakan untuk membiayai projek di kawasan mereka.

Pengakuan Sidek tersebut dibuat semasa pemeriksaan balas Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram dengan menjawab, “sebab semua menteri ketika itu ahli BN”.

Sri Ram terdahulu bertanya bagaimana beliau boleh merumuskan bahawa dana 1MDB adalah untuk dana politik BN

Sri Ram kemudian menyoal saksi bahawa adalah bukan tugas Kabinet membincangkan mengenai parti politik, yang dijawab saksi, “Saya adalah penjawat awam, polisi kerajaan adalah polisi parti memerintah, sama ada BN atau apa saja namanya polisi kerajaan, oleh itu datangnya daripada parti atau parti gabungan dalam kerajaan.

“Kita sukar untuk membezakan antara keduanya,” katanya menurut laporan dipetik BH.

Semalam, Mohd Sidek yang juga ahli Lembaga Penasihat (BOA) 1MDB, berkata disebabkan pemahaman itu, beliau tidak pernah bertanya kepada Datuk Seri Najib Razak atau mana-mana pihak dalam 1MDB mengenai permasalahan yang berlaku dalam syarikat pelaburan strategik negara itu.

Katanya, beliau juga tidak pernah diberi taklimat atau diberitahu secara lanjut apakah butiran penyiasatan ke atas 1MDB dan Najib selaku Perdana Menteri ketika itu juga tidak pernah memberitahunya terdapat isu dalam 1MDB walaupun dilantik sebagai ahli BOA.

Najib, 68, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Perbicaraan dijalankan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Popular
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Jangan sewa akaun bank kepada scammer, elak jadi mangsa penipuan
September 20, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Hijrah Diri Jakim bantu LGBT kena serang, dikeluarkan dari Google Play
March 18, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok