Bekas Komando 69 bebas tuduhan miliki kerambit, parang

July 14, 2022 · Isu semasa

Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini melepaskan dan membebaskan seorang bekas anggota Komando 69 serta mengetepikan hukuman penjara tujuh tahun dan satu sebatan kerana memiliki kerambit dan parang empat tahun lepas.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Seri Kamaludin Md Said memerintahkan Muhamed Khairul Akmar Mohamed Shahid, 35, dilepas dan dibebaskan atas pertuduhan memiliki senjata berkenaan selepas membenarkan rayuan lelaki itu, lapor Bernama.

“Ini adalah keputusan sebulat suara. Mahkamah mendapati, ada keraguan dalam kes ini. Oleh itu, sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen diketepikan. Perayu dilepas dan dibebaskan,” kata Kamaludin yang bersidang bersama-sama Datuk M Gunalan dan Datuk Hashim Hamzah.

Panel itu membuat keputusan berkenaan selepas mendengar hujahan Timbalan Pendakwa Raya Atiqah Abdul Karim dan peguam Mohamad Naim Kamaruddin yang mewakili perayu (Muhamed Khairul Akmar).

Di luar mahkamah, Muhamed Khairul Akmar dilihat memeluk seorang ahli keluarganya sambil menangis selepas mahkamah membuat keputusan.

Pada 13 Jun 2019, Muhamed Khairul Akmar dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen Ipoh selepas dia didapati bersalah atas pertuduhan itu dan sabitan serta hukuman dikekalkan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh pada 14 Dis 2020.

Mahkamah Tinggi juga membenarkan permohonannya untuk menggantung pelaksanaan hukuman sementara rayuan di Mahkamah Rayuan dengan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin.

Mengikut pertuduhan, Muhamed Khairul Akmar didakwa memiliki senjata iaitu kerambit dan parang di dalam beg berwarna hitam dan beg “porche” celoreng miliknya di dalam masjid Kem PGA Ulu Kinta, Perak pada 3 petang, 4 Jun 2018.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Merbahaya 1958 yang membawa hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 10 tahun.

Berita berkaitan
Kes 1MDB: Saksi mengaku gagal kendali akaun Najib
23 jam lalu· Isu semasa
Kes rasuah Bung Moktar dan isteri ditetapkan untuk sebutan 27 Mac
January 27, 2023· Isu semasa
Hakim baharu dalam rayuan bekas menteri Sabah terhadap sabitan dan hukuman
January 27, 2023· Isu semasa
Rehatkan Zahid sebagai TPM untuk fokus kes mahkamah, kata Peja
January 26, 2023· Politik
Popular
Formula baharu Rafizi, perluas model pekerja sambilan bagi pengusaha restoran
January 27, 2023
Kos tunai haji 2023 naik RM31,000
January 16, 2023
Strategi hadapi krisis ekonomi 2023
January 28, 2023
Hakim baharu dalam rayuan bekas menteri Sabah terhadap sabitan dan hukuman
January 27, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Strategi hadapi krisis ekonomi 2023
7 jam lalu · Isu semasa
Formula baharu Rafizi, perluas model pekerja sambilan bagi pengusaha restoran
17 jam lalu · Isu semasa
Pemimpin PAS dan Bersatu berkumpul di depan Kedutaan Sweden, tiada pemimpin UMNO
24 jam lalu · Isu semasa
Kes bunuh pengawal keselamatan, tertuduh dijatuhi hukuman mati
24 jam lalu · Isu semasa
LRT Ampang tergendala: landasan bengkok, struktur jejambat rosak
January 27, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Ustaz Ahmad di majlis kutipan dana PRN Pas Kedah
11 jam lalu
[VIDEO] Noh Omar boleh rayu lagi walaupun sabotaj 16 kali, kata Megat Zulkarnain
12 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok