Bekas ketua pengarang The Edge didakwa fitnah dalam artikel manipulasi saham

September 13, 2022 · Isu semasa

Bekas Ketua Pengarang The Edge Communications Sdn Bhd dihadapkan ke dua Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan memfitnah seorang bergelar Datuk dan empat buah syarikat menerusi penyiaran dua artikel dalam The Edge Malaysia.

Ahmad Azam Mohd Aris, 61, kini editor sambilan di portal berita The Edge mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah dan Nurshahira Abdul Salim, lapor Bernama.

Di hadapan Zhafran, tertuduh didakwa bersama-sama seorang lagi yang masih bebas, memfitnah Datuk Kua Khai Shyuan, 38, dan Syarikat DGB Asia Berhad dengan menyiarkan satu artikel dalam The Edge Malaysia Bilangan 1337 bertarikh 21 Sept hingga 27 Sept 2020, yang mana tuduhan tersebut akan merosakkan reputasi individu itu dan syarikat berkenaan.

Sementara di hadapan Nurshahira dia juga dituduh bersama-sama seorang lagi yang masih bebas, memfitnah Kua dan syarikat DGB Asia, Trive Property Group Berhad, Metronic Global Berhad dan MNC Wireless Berhad dengan menyiarkan satu artikel dalam The Edge Malaysia Bilangan 1365 bertarikh 12 April hingga 18 April 2021 yang mana tuduhan tersebut akan merosakkan reputasi individu itu dan keempat-empat syarikat berkenaan.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di The Edge Communications Sdn Bhd, Level 3, Menara KLK, Mutiara Damansara, di sini pada 21 Sept 2020 dan 12 April 2021.

Kedua-dua pertuduhan adalah di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Maryam Jamilah Md Kamal yang mengendalikan pendakwaan di hadapan Zhafran dan Farhanah Fuad Mohamad Faiz yang mewakili pendakwaan di hadapan Nurshahira masing-masing menawarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh.

Peguam Rajsurian Pillai yang mewakili Ahmad Azam memohon jaminan dikurangkan dengan alasan anak guamnya mempunyai penyakit darah tinggi dan kencing manis serta mempunyai tanggungan tiga anak yang masih belajar.

“Anak guam saya telah memberi kerjasama sepanjang siasatan dijalankan dan dia sendiri hadir ke mahkamah hari ini,” katanya.

Zhafran membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM2,500 dengan seorang penjamin sementara Nurshahira membenarkan ikat jamin sebanyak RM500 dengan seorang penjamin dan kedua-dua mahkamah menetapkan 22 Nov depan untuk sebutan semula kes.

Berita berkaitan
RM4 juta masuk akaun Najib dari syarikat berkait Jho Low: Saksi
5 jam lalu· Isu semasa
KJ ungkit kenyataan Azalina ‘peguam negara orang PM’, sindir kes rasuah Zahid
20 jam lalu· Politik
Rayuan difailkan berhubung pembebasan kes rasuah Bung Moktar dan isteri
September 19, 2023· Isu semasa
AS$30 juta masuk akaun Najib daripada syarikat samaran: Saksi
September 19, 2023· Isu semasa
Popular
Zaid Ibrahim disiasat bawah Akta Hasutan, diambil keterangan
September 21, 2023
Ribuan peniaga diramal gulung tikar ekoran kenaikan harga bahan mentah: Laporan
September 20, 2023
Kemalangan treler: Pekerja Pos Malaysia dan Mahkamah Ampang dikenal pasti maut
September 20, 2023
Kemalangan treler Putrajaya: Pemandu direman empat hari
September 21, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Zaid Ibrahim disiasat bawah Akta Hasutan, diambil keterangan
4 jam lalu · Isu semasa
Kemalangan treler Putrajaya: Pemandu direman empat hari
5 jam lalu · Isu semasa
Penagih dadah meningkat 27 peratus, kata AADK
7 jam lalu · Isu semasa
Kemalangan treler: Pekerja Pos Malaysia dan Mahkamah Ampang dikenal pasti maut
21 jam lalu · Isu semasa
Pemandu bas sekolah dijatuhi hukuman penjara lapan tahun kerana meliwat
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Susah senang bersama, PN tidak akan khianat pengundi sertai kerajaan PH-BN
3 jam lalu
[VIDEO] Rakyat beratur beli beras Rahmah macam negara kita miskin
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok