Bekas kakitangan Khalid Ibrahim tidak perlu pulangkan RM2.7 juta

April 19, 2021 · Isu semasa

Mahkamah Persekutuan memutuskan lapan bekas staf mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak perlu memulangkan RM2.7 juta yang dibayar kepada mereka sebagai pampasan dalam skim pemisahan sukarela (VSS) pada 2014.

Ini berikutan keputusan sebulat suara oleh panel lima Hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Rohana Yusuf semasa membenarkan rayuan bekas staf tersebut untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang tidak memihak kepada mereka.

Memetik laporan Bernama Rohana berkata, Selangor Menteri Besar Incorporated (MBI), yang ditubuhkan di bawah Enakmen MBI, adalah entiti undang-undang tunggal.

Beliau berkata, pada waktu berkenaan, Abdul Khalid secara sah diberi kuasa untuk meluluskan pembayaran VSS di bawah Enakmen MBI sendiri tanpa memerlukan persetujuan lembaga pengarah.

Hakim itu berkata, kuasa Abdul Khalid berdasarkan Enakmen MBI itu tidak terikat dan tidak tertakluk kepada persetujuan lembaga pengarah.

Rohana berkata, MBI gagal membuktikan bahawa kelulusan pembayaran VSS berkenaan adalah tidak sah.

Beliau berkata, tidak ada syarat dalam Enakmen MBI atau undang-undang yang mewajibkan MBI ditadbir oleh lembaga pengarah dan menambah bahawa kegagalan untuk mendapatkan sanksi lembaga pengarah tidak boleh dikatakan sebagai keputusan yang melanggar undang-undang sehingga menjadikan keputusan itu tidak sah.

Rohana mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan dan mengembalikan keputusan Mahkamah Tinggi, serta memerintahkan MBI membayar kos RM50,000.

Hakim lain yang turut bersidang ialah Hakim Besar Malaya Tan Sri Azahar Mohamed dan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Mohd Zawawi Salleh, Datuk Vernon Ong Lam Kiat dan Datuk Zabariah Yusof. Prosiding berlangsung secara dalam talian.

Berita berkaitan
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia
April 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok