Bekas Exco Johor dan anak lepas, bebas dari tuduhan rasuah RM35.7 juta

August 7, 2022 · Isu semasa

Mahkamah Sesyen di Johor Bahru hari ini melepas dan membebaskan bekas exco Johor Datuk Abdul Latif Bandi, anak lelakinya dan seorang perunding hartanah atas pertuduhan rasuah dan penggubahan wang haram, kesemuanya berjumlah RM35.7 juta, lima tahun lepas.

Hakim Kamaruddin Kamsun membuat keputusan itu, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Abdul Latif, Ahmad Fauzan Hatim Abdul Latif dan Amir Shariffuddin Abd Raub, menurut laporan Bernama.

Abdul Latif, 56, menghadapi 33 pertuduhan rasuah dan 13 pertuduhan penggubahan wang haram, manakala anaknya Ahmad Fauzan Hatim, 30, menghadapi empat pertuduhan melibatkan penggubahan wang haram, manakala Amir Shariffudin, 49, menghadapi 33 pertuduhan rasuah dan empat pertuduhan penggubahan wang haram.

Pada 21 April, 2019, Mahkamah Sesyen Johor Bahru telah melepas dan membebaskan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Endau itu, daripada 37 pertuduhan rasuah dan penggubahan wang haram berjumlah lebih RM30 juta, pada 2017.

Selain itu, Ahmad Fauzan dan Amir Shariffuddin, juga turut dilepas dan dibebaskan daripada semua pertuduhan berkenaan pada tarikh yang sama.

Berita berkaitan
UMNO sekat pertandingan jawatan Presiden, pecat calon mahu cabar Zahid: Afnan
3 jam lalu· Politik
UMNO tanding PRK Kemaman jika diadakan, kata Zahid yakin rakyat sokong
3 jam lalu· Politik
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023· Politik
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023· Politik
Popular
Banjir: Mangsa di Kedah dan Perlis meningkat tapi kerajaan pusat seakan tak endah
September 29, 2023
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
September 29, 2023
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
September 30, 2023
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
3 jam lalu · Isu semasa
Stadium Shah Alam diroboh selewat-lewatnya pada November: Amirudin
3 jam lalu · Isu semasa
Tiga PPS di Kedah ditutup, mangsa banjir menurun
23 jam lalu · Isu semasa
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
23 jam lalu · Isu semasa
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
6 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok