Bekas CEO 1MDB tak layan bila diminta dokumen pelaburan: Saksi

August 25, 2022 · Isu semasa

Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak pernah melayan permintaan daripada Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) untuk mendapatkan dokumen berhubung pelaburan usaha sama dengan PetroSaudi International Ltd (PSI).

Bekas Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Datuk Siti Zauyah Mohd Desa, 63, berkata tindakan Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi itu seolah-olah tidak menghormatinya, menurut Bernama.

Saksi pendakwaan ke-26 itu berkata beliau pernah mengadu perkara itu kepada Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) ketika itu, Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah, bagaimanapun, tiada apa-apa tindakan daripada mereka.

Beliau berkata demikian ketika disoal balas peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, yang mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak, pada perbicaraan kes bekas perdana menteri itu berhubung penyelewengan dana RM2.3 bilion daripada 1MDB.

Saksi juga bersetuju dengan cadangan peguam bahawa Shahrol Azral sepatutnya melayan permintaanya itu.

Muhammad Shafee: Tindakannya (Shahrol Azral) macam kurang ajar?

Siti Zauyah: Itu perkataan (kurang ajar) Tan Sri sebut. Tapi perbuatan Shahrol Azral adalah macam tidak hormat.

Ketika ditanya sama ada beliau mengadu (berhubung Shahrol Azral) kepada Najib, saksi menjawab beliau tidak pernah mengadu kepada Najib kerana beliau mempunyai ‘boss’ sendiri.

Muhammad Shafee: Itu saya faham, saya pun ada boss di rumah. Tapi kita tak boleh buat kesimpulan bahawa Najib mengarahkan Shahrol Azral berkelakuan sedemikian. Ya atau tidak? Sebab kamu sendiri tak beritahu Najib mengenai masalah yang kamu hadapi.

Siti Zauyah: Bukan level (peringkat) saya untuk berurusan dengan PM (Najib).

Muhammad Shafee: Datuk, berapa lama perbuatan ini (tidak diendahkan) berlarutan di 1MDB?

Siti Zauyah: Sejak penubuhan sampai sekarang.

Muhammad Shafee: Sekarang juga?

“Saya kena tanya kepada siapa yang menjaga portfolio berkenaan,” katanya yang bersara pada Nov 14 2019.

Perbicaraan hari ini dihentikan lebih awal apabila Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Seri Gopal Sri Ram memberitahu mahkamah bahawa beliau mengalami sakit gastrik.

Najib, 69, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung 5 Sept ini.

Najib yang kini menjalani hukuman penjara 12 tahun kerana kesalahan menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd, meninggalkan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada jam 4.20 petang dengan menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) serta diiringi beberapa kenderaan polis.

Esok, Najib akan hadir ke mahkamah sekali lagi untuk perbicaraan kesnya dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy membabitkan pertuduhan meminda laporan audit 1MDB di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan.

Berita berkaitan
Saksi beritahu Jho Low hadir mesyuarat di kediaman Najib
October 5, 2022· Isu semasa
PDRM alu-alukan sebarang maklumat berhubung lokasi Jho Low: KDN
October 5, 2022· Isu semasa
Ringgit jatuh, hutang 1MDB mungkin juga bertambah RM8.5 bilion
October 4, 2022· Isu semasa
Permohonan Najib ke Parlimen ditolak Jabatan Penjara, kata peguam
October 3, 2022· Isu semasa
Popular
Kes libat Syed Saddiq lebih berat daripada Rosmah, SRC: Pendakwaan
October 6, 2022
Kenyataan Istana Negara tak sebut pembubaran Parlimen
October 6, 2022
PM menghadap Agong 45 minit
October 6, 2022
UMNO nak PRU masa banjir, Agong tinjau persediaan banjir
October 6, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Guna 16.3% hasil negara bayar faedah hutang membimbangkan
9 jam lalu · Isu semasa
Kenyataan Istana Negara tak sebut pembubaran Parlimen
10 jam lalu · Isu semasa
Kutipan cukai individu 2021 jatuh RM11 bilion: Ketua Audit Negara
11 jam lalu · Isu semasa
Rakyat terbeban, harga barang naik lagi tapi UMNO galak nak PRU juga
11 jam lalu · Isu semasa
PM menghadap Agong 45 minit
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Menteri PN peduli rakyat, hantar petisyen tangguh PRU15
11 jam lalu
[VIDEO] Perkukuh ukhwah, tolak usaha pecah belahkan PN
19 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok