Bekas ahli perbankan dituduh tipu pelabur RM1.57 juta

June 25, 2022 · Isu semasa

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengenakan pertuduhan terhadap bekas ahli perbankan pelaburan Charles Chua Yi Fuan kerana menipu tujuh pelabur yang mengalami kerugian hampir RM1.67 juta antara Julai 2017 hingga Mei 2019.

Chua, bekas Naib Presiden Pasaran Hutang di Hong Leong Investment Bank Bhd, memaklumkan kepada mangsa bahawa mereka melabur dalam skim pelaburan yang tidak wujud melibatkan langganan sekuriti, menurut SC dalam kenyataan pada Jumaat.

Chua hari ini dibawa ke dua Mahkamah Sesyen berasingan di Melaka untuk menghadapi 13 pertuduhan di bawah subseksyen 179(b) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA).

“Hukuman bagi sabitan kesalahan di bawah subseksyen ini ialah hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun dan denda tidak kurang RM1 juta bagi setiap pertuduhan,” menurut SC.

Kenyataan itu menyatakan bahawa tertuduh menuntut dibicarakan kepada semua pertuduhan terhadapnya.

Hakim Mahkamah Sesyen Nariman Badruddin membenarkan ikat jamin sebanyak RM300,000 dengan dua penjamin.

Di mahkamah lain, hakim Mahkamah Sesyen Maziah Joary Mohd Tajudin membenarkan ikat jamin sebanyak RM280,000, juga dengan dua penjamin.

Kedua-dua mahkamah mengarahkan Chua melaporkan diri kepada pegawai penyiasat SC setiap bulan, menurut SC.

Chua sebelum ini menghadapi empat pertuduhan pada 16 Jun 2022 di dua Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur berkaitan kesalahan yang sama. Chua menuntut dibicarakan atas pertuduhan tersebut.

SC terus mengingatkan pelabur supaya berhati-hati sebelum mengeluarkan wang mereka dan apabila mempertimbangkan peluang pelaburan.

Pelabur dinasihatkan untuk merujuk kepada senarai amaran pelabur SC mengenai laman web/platform yang tidak sah, produk pelaburan, syarikat dan individu.

Pelabur juga boleh menghubungi pejabat pengguna dan pelabur SC di 03-6204 8999 atau e-mel [email protected] untuk pertanyaan. – Bernama

Berita berkaitan
Pengarah urusan syarikat tipu pakej umrah dipenjara 10 tahun
9 jam lalu· Isu semasa
Shahrir bayar penuh beli kereta Honda RM118,485 guna cek: Saksi
16 jam lalu· Isu semasa
Saksi kes Guan Eng akui bayar orang tengah RM19 juta sebab diugut
18 jam lalu· Isu semasa
Saman Muhyiddin: Permohonan injunksi Zahid ditolak mahkamah
19 jam lalu· Politik
Popular
PDRM umum pertukaran 20 pegawai kanan
August 9, 2022
Bersatu gesa kerajaan tubuh RCI siasat skandal kapal tak siap
August 8, 2022
Rafizi dakwa ada surat bocor kaitkan Najib berhubung kontrak LCS
August 8, 2022
Pengarah urusan syarikat tipu pakej umrah dipenjara 10 tahun
August 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
PM lapor polis akaun Telegram, Signal peribadi digodam
37 minit lalu · Isu semasa
Skandal LCS: Keselamatan negara atau selamatkan wang negara daripada hangus?
42 minit lalu · Isu semasa
Kes baharu semalam kekal bawah 3,000, enam kematian dicatat
50 minit lalu · Isu semasa
Subsidi bersasar dilaksana apabila keadaan ekonomi mengizinkan: Zafrul
10 jam lalu · Isu semasa
Polis tahan lelaki letak vape dalam mulut bayi
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok