Bekas ADUN Sedili mengaku tidak bersalah cabul wanita

June 12, 2022 · Isu semasa

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional Sedili mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Muar, hari ini atas pertuduhan mencabul seorang wanita, Januari lepas.

Tertuduh, Rasman Ithnain, 54, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Amalina Basirah Md Top, lapor Bernama.

Rasman yang kini Ketua Bahagian Bersatu Kota Tinggi didakwa melakukan kekerasan jenayah dengan maksud untuk mencabul kehormatan seorang wanita berusia 27 tahun di dalam sebuah kereta jenis Toyota Vellfire, di Muar kira-kira 5 petang, 13 Januari lalu lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana daripada dua hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan yang dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman dan Timbalan Pendakwa Raya Hayatul Wirdah Mohd Yunos mencadangkan tertuduh diikat jamin RM5,000.

Bagaimanapun, peguam Muhammad Mohd Nasir dan Muhammad Izzad Syafiq Ismail yang mewakili Rasman merayu jumlah jaminan dikurangkan dengan alasan anak guam mereka memberi kerjasama sepanjang siasatan polis.

Amalina Basirah membenarkan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 3 Julai untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen.

Mahkamah turut menetapkan 16 hingga 18 Ogos depan sebagai tarikh perbicaraan.

Berita berkaitan
Kes Guan Eng, saksi tak tahu berapa kali rasuah dibayar
June 28, 2022· Isu semasa
Mahkamah tangguh keputusan kes rogol amah ADUN Tronoh
June 28, 2022· Isu semasa
Keputusan kes rasuah Bung Mokhtar dan isteri diketahui 2 September ini
June 24, 2022· Isu semasa
Penyanyi Jason Lo bebas tuduhan dadah
June 24, 2022· Isu semasa
Popular
Bank saman bekas presiden, 17 lagi isu pinjaman RM400 juta: Laporan
June 29, 2022
Zahid sakit pula, perbicaraan petang ini disambung esok
June 29, 2022
Zahid setuju dia diberi ruang luas bela diri di mahkamah
June 29, 2022
Polis rampas senjata api tempur, tahan adik ketua geng Tiger
June 28, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Laidlaw tak layak wakili Najib, kata peguam KL kepada mahkamah
14 minit lalu · Isu semasa
Wan Fayhsal sahut cadangan potong gaji Menteri untuk bantu rakyat
45 minit lalu · Isu semasa
PM umum pasukan petugas khas tangani inflasi
1 jam lalu · Isu semasa
Pendakwaan kata hakim kes SRC Najib tiada konflik kepentingan
2 jam lalu · Isu semasa
Mustapa nafi seleweng dana UMNO, tak terima tekanan sertai Bersatu
2 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tajuddin sedia jadi calon Bebas atau Pas jika UMNO ‘main kasar’
June 27, 2022
[VIDEO] Zahid wajar fokus kes mahkamah, mudah-mudahan selamat, sindir Tajuddin
June 27, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok