Bekalan gandum tak terjejas

May 17, 2022 · Isu semasa

Bekalan tepung gandum negara dijangka tidak terjejas di sebalik larangan India mengeksport gandum susulan gelombang haba akibat cuaca panas terik.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berkata, Malaysia mengimport 80 peratus biji gandum dari Australia dan selebihnya adalah dari Amerika Syarikat (AS), Kanada dan Ukraine.

“Justeru, larangan India mengeksport gandum susulan gelombang haba akibat cuaca panas terik tidak menjejaskan bekalan tepung gandum negara,” menurut KPDNHEP dalam catatan di Twitter hari ini.

Menurut kementerian itu, sebanyak 2,200 penguat kuasa KPDNHEP akan sentiasa membuat pemantauan bagi memastikan bekalan tepung bersubsidi dan tidak bersubsidi stabil di pasaran.

Ketua Pengarah Perdagangan Luar Negara di bawah Kementerian Perdagangan dalam satu pemberitahuan bertarikh 13 Mei memaklumkan India menghentikan eksport gandum berkuat kuasa serta-merta dalam usaha untuk meningkatkan keselamatan makanannya.

Eksport gandum ke negara lain hanya dibenarkan ‘atas kelulusan kerajaan India dan berdasarkan permintaan kerajaan mereka’.

India mengeksport tujuh juta tan metrik gandum bernilai kira-kira AS$2 bilion pada tahun kewangan 2021-22 dan separuh daripadanya dibeli oleh Bangladesh.

Laporan media baru-baru ini menyatakan pengeluaran gandum India tahun ini terjejas akibat gelombang haba selain negara itu juga berdepan peningkatan inflasi makanan berikutan harga komoditi global lebih tinggi.

Terdahulu beberapa pihak menjangkakan harga produk berasaskan gandum dijangka melonjak susulan tindakan India menyekat eksport bahan mentah itu ke pasaran global, termasuk Malaysia.

Langkah yang dilaksanakan bagi melindungi kepentingan pasaran domestik India itu juga dilihat menambah tekanan ke atas rantaian bekalan gandum global yang terjejas akibat krisis Russia-Ukraine.

Naib Pengerusi Gerakan Keadilan Monetari Malaysia, Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata tindakan itu akan menyebabkan barangan tempatan berasaskan gandum akan menjadi lebih mahal, sekali gus boleh menyumbang kepada kenaikan kadar inflasi.

Berita berkaitan: India sekat eksport: Harga produk berasaskan gandum dijangka naik 

Berita berkaitan
Nilai ringgit paling rendah sejak 6 bulan
May 19, 2023· Isu semasa
Kontinjen Malaysia catat pencapaian terburuk dalam sejarah Sukan SEA
May 17, 2023· Isu semasa
Kerajaan Arab Saudi belum balas permohonan Malaysia tambah kuota haji: TH
May 15, 2023· Isu semasa
Bursa Malaysia jatuh dua hari berturut-turut: Laporan
May 10, 2023· Isu semasa
Popular
KBS jawab Ismail Sabri, peruntukan RM20 juta bina litar tak pernah diluluskan
May 29, 2023
Gabenor BNM, jangan bagi kenyataan gula-gula, tegur MP kerajaan
May 28, 2023
Hadi ucap tahniah atas kemenangan Erdogan
May 29, 2023
Zahid mahu SKMM ambil tindakan terhadap Telegram
May 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
LCS: Anwar cakap tak serupa bikin
16 minit lalu · Isu semasa
Menu Rahmah berjaya turun inflasi harga makanan, kata Salahuddin
2 jam lalu · Isu semasa
Ringgit ditutup rendah, harga minyak juga jatuh
3 jam lalu · Isu semasa
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
3 jam lalu · Isu semasa
Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Menuduh tanpa bukti tak adil, rakyat akan sedar penipuan Anwar
9 minit lalu
[VIDEO] KJ syor Tengku Zafrul calon MB Selangor jika PH-BN menang di Selangor
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok