Bekalan elektrik di 425 kawasan di empat negeri pulih

Sebanyak 425 kawasan di empat negeri meliputi Pahang, Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan, memperoleh semula bekalan elektrik yang sebelum ini terputus akibat banjir.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam kenyataan hari ini berkata lokasi itu merangkumi 284 kawasan di Pahang; Selangor (121); Kuala Lumpur (117) dan Negeri Sembilan (24).

Bagaimanapun, TNB memaklumkan, sebanyak 210 kawasan di Selangor belum menerima bekalan elektrik.

Kawasan tersebut melibatkan 44 di Banting; Sepang (45); Shah Alam (92); Klang (18), Kuala Selangor (10) dan Bangi (satu).

“Usaha-usaha sedang giat dijalankan bagi memastikan bekalan elektrik di kawasan-kawasan terlibat dapat disalurkan secara berperingkat, bergantung kepada akses dan keadaan setempat.

“Jika banjir sudah surut di kawasan anda tetapi masih belum menerima bekalan elektrik, hal ini disebabkan oleh pencawang elektrik yang menyalurkan bekalan elektrik ke premis anda masih belum benar-benar selamat untuk diaktifkan,” kata TNB.

BERITA BERKAIT
POPULAR