Bekalan beras berkurangan : Mat Sabu

July 20, 2023 · Isu semasa

Kerajaan hari ini mengaku negara berdepan kekurangan bekalan beras tempatan akibat cuaca ketika ini.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata keadaan cuaca yang dikatakan tidak sesuai telah merencatkan pertubuhan padi.

“Bekalan beras tempatan memang berlaku sedikit pengurangan tetapi kami yakin bekalan beras masih mencukupi (di pasaran tempatan).

“Saya harap pengilang beras dapat keluarkan stok bekalan beras mereka. Kami tidak mahu masalah ini berlarutan,” katanya selepas merasmikan Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Klang, hari ini lapor Kosmo.

Sehubungan itu, orang ramai diminta membuat laporan kepada kementeriannya jika berlaku kekurangan beras di kawasan mereka untuk tindakan sewajarnya.

Mohamad berkata kementeriannya mengambil serius terhadap perkara itu dan akan mengambil segala langkah bagi memastikan bekalan beras tempatan cukup untuk dibeli oleh rakyat negara ini.

Menyentuh soal isu bekalan telur dan ayam, Mohamad berkata kini ia kembali pulih setelah melepasi tahap getir bekalannya sebelum ini.

“Sudah pulih (isu bekalan telur dan ayam), bahkan ada tempat harga ayam sudah mula turun. Jadi usaha gigih (kementerian) termasuk dialog dengan persatuan penternak telah berhasil.

“Kita harap tidak ada peperangan baharu dan sebagainya yang boleh menjejaskan import bijirin jagung dan soya sebab kita tahu bijirin jagung kini di tahap permulaan penanamannya tetapi lambat lagi untuk mencukupi bekalan,” katanya.

Berita berkaitan
Harga ayam tidak naik dan bekalan stabil: KPKM
November 1, 2023· Isu semasa
Subsidi ditamatkan, jangan risau harga ayam tidak akan naik
November 1, 2023· Isu semasa
Spekulasi syarikat kerajaan negeri sorok beras adalah palsu
October 12, 2023· Isu semasa
Gagal tangani isu bekalan barang, MP Tanjung Karang minta Mat Sabu letak jawatan
October 11, 2023· Politik
Popular
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023
Tiada subsidi RON95 pada 2024 tapi hanya secara bersasar sahaja: Rafizi
November 27, 2023
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023
Kes empat beradik ditinggalkan, dua individu ditahan dipercaya ibu bapa
November 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
6 jam lalu · Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
6 jam lalu · Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
6 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah tolak permohonan penghakiman terus syarikat barang kemas terhadap Rosmah
6 jam lalu · Isu semasa
Kes empat beradik ditinggalkan, dua individu ditahan dipercaya ibu bapa
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Rakyat Terengganu bersama PN walaupun dizalim peruntukan, royalti minyak
8 jam lalu
[VIDEO] Sokongan pengundi bukan Melayu terhadap Dr Sam meningkat
9 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok