Bekalan AstraZeneca negara cukup

March 31, 2021 · Isu semasa

Bekalan vaksin AstraZeneca ke Malaysia dilaporkan mencukupi kerana proses penghantaran dibuat secara langsung dari syarikat berkenaan, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Malah, Malaysia dijangka menerima dos vaksin jenama itu sebanyak 600,000 pada Jun nanti yang mana penghantarannya dilakukan setiap bulan.

“Sementara kita masih menunggu perincian tentang penghantaran, saya tidak rasa pengurangan eksport dari India akan menjejaskan kita… kita dapat AstraZeneca terus dari AstraZeneca bukan dari Covax,” katanya ketika sidang media, hari ini.

Terdahulu, menurut Khairy Jamaludin, India mengurangkan eksport vaksin Covid-19 setelah kemunculan gelombang baharu dan kelemahan program vaksinasi di negara berkenaan.

Untuk rekod, India, pembekal utama vaksin global telah menghantar lebih 60 juta dos ke 76 negara, kebanyakannya vaksin AstraZeneca yang dihasilkan oleh Institut Serum India (SII), pembuat vaksin terbesar di dunia.

Berita berkaitan
Sebanyak 32.8 peratus kes baharu Covid-19 di Sarawak disebabkan BA.5
21 jam lalu· Isu semasa
Kempen vaksinasi cacar monyet bermula di Itali
August 9, 2022· Dunia
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Wanita Malaysia lahir anak di luar negara tak layak dapat kerakyatan
August 5, 2022· Isu semasa
Popular
Parti liar Janda Baik: Datuk Seri, warga emas antara 25 ditahan
August 11, 2022
Siapa ‘jerung’ di belakang skandal kapal tempur: Rafizi tanya Najib
August 11, 2022
Gerbang iPay88 alami ‘insiden’, data kad pelanggan mungkin terjejas
August 11, 2022
Bekas CEO Astro belum serah aset dikaitkan dengan 1MDB, lapor Utusan
August 11, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Ringgit rendah berbanding dolar AS
20 minit lalu · Isu semasa
Aktiviti pengambilan untung punca Bursa Malaysia dibuka rendah
24 minit lalu · Isu semasa
Rayuan terakhir: Adakah Najib sedang guna strategi baharu?
42 minit lalu · Isu semasa
Aktifkan 2FA elak media sosial peribadi digodam, diambil alih
44 minit lalu · Isu semasa
Jangkitan baharu Covid-19 semalam kekal lebih 4,000, 10 kematian
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok