Beberapa kawasan di Pulau Pinang dilanda banjir kilat

September 24, 2022 · Isu semasa

Hujan lebat sejak awal pagi tadi menyebabkan beberapa kawasan di Pulau Pinang dilanda banjir kilat, namun tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka setakat ini.

Hujan lebat sejak 5 pagi itu mengakibatkan kawasan Bayan Lepas, Bayan Baru serta Bukit Jambul terjejas dan beberapa laluan utama ditenggelami air sehingga menyukarkan kenderaan ringan melalui jalan tersebut, lapor Bernama.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayan Lepas, Azrul Mahathir Aziz berkata pihaknya menerima maklumat antara kampung dilanda banjir kilat adalah Kampung Masjid, Kampung Manggis, Kampung Perlis, Kampung Binjai dan Kampung Seronok.

”Sebaik menerima maklumat saya dan pasukan DUN terus ke kawasan terlibat bagi melihat dan membantu…puluhan rumah dilanda banjir kilat dan ada kediaman terjejas teruk terutama rumah yang terletak berhampiran Sungai Bayan Lepas.

“Saya bimbang jika ada penduduk terperangkap banjir, namun alhamdulillah semuanya selamat dan setakat 10.15 pagi ini, air telah surut di beberapa kawasan dan tiada penduduk dipindahkan ke PPS,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Binjai, Baseri Hashim ketika dihubungi berkata kira-kira 30 rumah di Kampung Binjai dilanda banjir kilat awal pagi tadi akibat hujan lebat berterusan sehingga 9 pagi.

Beliau berkata air mula naik di kawasan rumah penduduk selepas subuh dan air naik terlalu cepat sehingga ke paras buku lali orang dewasa, namun mangsa terlibat sudah bersiap sedia serta mengambil langkah berjaga-jaga.

”Setakat ini, tiada penduduk dipindahkan ke PPS kerana air kembali surut selepas hujan berhenti tetapi penduduk tetap berjaga-jaga kerana bimbang hujan lebat akan berterusan,” katanya.

Beliau berkata kampung tersebut kerap dilanda banjir sekiranya hujan lebat berterusan kerana berada di kawasan tanah rendah dan berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan segera terutama membersihkan longkang serta parit agar tidak tersumbat.

Berita berkaitan
11 Nov hingga Mac tahun depan tempoh Monsun Timur Laut, siap sedia banjir
November 7, 2023· Isu semasa
Laporan polis dibuat berhubung video tular jambatan kedua retak
October 30, 2023· Isu semasa
Dakwaan jambatan kedua Pulau Pinang retak palsu
October 29, 2023· Isu semasa
Kes rasuah terowong: Saksi beritahu RM2 juta diberi kepada Guan Eng dan Najib
October 23, 2023· Politik
Popular
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023
Sekumpulan gajah di Gerik pijak kereta, sekeluarga berdepan keadaan cemas
November 27, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
15 jam lalu · Isu semasa
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
15 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
23 jam lalu · Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
23 jam lalu · Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Agihan saksama kepada sekolah cina walaupun tak dihargai
7 jam lalu
[VIDEO] Sanusi konsisten salur peruntukan pembangkang Kedah sejak 2020
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok