Beberapa kampung di Baling banjir lagi, PPS dibuka

October 10, 2022 · Isu semasa

Pusat pemindahan sementara (PPS) di buka Baling susulan beberapa kampung dilanda banjir sejak semalam apabila rumah penduduk dinaiki air.

PPS Kompleks Rakan Muda Batu 42 di Baling dibuka selepas 154 mangsa banjir daripada 49 keluarga dipindahkan akibat bencana banjir yang melanda di daerah tersebut.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd Faizol Ab Aziz, berkata semua mangsa dinasihatkan terus berada di PPS mengambil kira keadaan cuaca yang masih mendung dan keadaan rumah mereka dinaiki banjir juga tidak selamat.

Beliau berkata, semua mangsa dari Kampung Carok Sikin, Paya dan Tanjung Merbau itu mula berpindah sejak petang semalam dan malam tadi.

“Mereka tidak dibenarkan pulang kerana penempatan tidak selamat dan keadaan rumah masih dipenuhi air dan sampah sarap.

“Kita bimbang kerana hujan masih turun dan mereka terpaksa berpindah semula, jadi untuk sementara mereka perlu tinggal di PPS sehingga keadaan pulih dan selamat,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, anggota APM juga dikerah memantau dari semasa ke semasa dan menyukat paras air Sungai Ketil kerana arus masih deras.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
2 jam lalu· Politik
Tuduh terima dana judi, PAS bidas Anwar berhenti tabur fitnah seperti UMNO
3 jam lalu· Politik
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
7 jam lalu· Isu semasa
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
7 jam lalu· Politik
Popular
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
December 5, 2022
Perbicaraan 1MDB Najib berakhir awal hari ini, peguam bela sakit lagi
December 5, 2022
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Isu LGBT dalam kalangan agamawan rosakkan imej Islam
September 25, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Perbicaraan 1MDB Najib berakhir awal hari ini, peguam bela sakit lagi
12 jam lalu · Isu semasa
1,502 kes baharu, tiga kematian
21 jam lalu · Isu semasa
Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman: Usah biar hakim ‘melutut’ kepada peguam
December 4, 2022 · Isu semasa
1,866 kes baharu, enam kematian
December 4, 2022 · Isu semasa
2,421 kes baharu, 9 kematian
December 3, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
2 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Tuan Ibrahim di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok