Beberapa jalan di Selangor masih ditutup, masih tidak selamat digunakan

Beberapa jalan utama di Selangor yang dilanda bencana banjir masih ditutup kerana tidak selamat digunakan orang awam ketika ini.

Menurut laporan, terdapat 10 jalan dan lorong di seluruh Selangor masih ditutup sehingga pukul 10 pagi tadi susulan kawasan berkenaan masih dinaiki air dan tidak selamat dilalui semua kenderaan.

Penutupan jalan tersebut melibatkan kawasan Subang Jaya, Kuala Langat, Sepang dan Hulu Selangor.

Jumlah penutupan jalan semakin berkurangan berbanding 73 jalan semalam.

Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor memaklumkan perkembangan penutupan akibat banjir itu dibuat menerusi pemantauan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD).

Senarai nama jalan yang disenaraikan adalah seperti berikut:

IPD Subang Jaya

1) Lorong Ikan Sepat Kg Bukit Lanchong, Putra Heights.

2) Lorong Ikan Keli Kg Bukit Lanchong, Putra Heights.

3) Lorong Ikan Haruan Kg Bukit Lanchong, Putra Heights.

4) Jalan Kampung Kuala Sungai Baru, Putra Heights.

IPD Kuala Langat

1) Jalan Olak Lempit ke KLIA.

IPD Sepang

1) Jalan Bandar Baru Salak Tinggi ke Kota Warisan.

IPD KLIA

1) Jalan bulatan Masjid KLIA menghala Charterfield KLIA

2) Jalan Banting menghala ke Nilai (Hadapan Bomba KLIA)

IPD Hulu Selangor

1) Jalan Kuala Kubu Bharu – Bukit Fraser menghala ke Peretak

IPD Shah Alam

1) Jalan Jitu Seksyen 25, Shah Alam.

BERITA BERKAIT
POPULAR