Beban kerja tinggi, siasatan klinikal tertangguh punca kes lewat dilapor

September 12, 2021 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini menjelaskan kematian yang dilaporkan (reported deaths) adalah kes berdasarkan hari ianya diumumkan kepada orang ramai, manakala kematian sebenar pula adalah merujuk kepada tarikh sebenar pesakit meninggal dunia.

Ketua Data Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) KKM, Dr Mahesh Appannam juga menjelaskan perbezaan laporan mengenai kes kematian disebabkan jangkitan Covid-19, berbanding kes kematian dengan Covid-19.

“Kematian yang disebabkan jangkitan Covid-19 adalah kes kematian yang telah disahkan berpunca daripada jangkitan Covid-19 melalui siasatan klinikal.

“Kematian dengan Covid-19 pula ialah pesakit didapati positif Covid-19 ketika kematian berlaku atau sebelum kematian berlaku. KKM hanya fokus kepada kes kematian disebabkan jangkitan Covid-19 kerana angka kematian yang tepat ini penting untuk analisis keberkesanan vaksin, penentuan kadar kematian dan sebagainya.

“Namun, maklumat ini mengambil masa yang lama kerana setiap kes kematian akibat Covid-19 perlu melalui proses bedah siasat dan audit klinikal,” katanya.

Beliau berkata demikian susulan angka kematian semalam yang menunjukkan 592 pesakit meninggal dunia, adalah termasuk kes-kes tertunggak. Sedangkan kematian sebenar pada Sabtu hanya membabitkan 100 pesakit.

Sehubungan itu, KKM dilaporkan sedang melakukan proses pembersihan data kes tertunggak bagi memastikan laporan kes berkaitan Covid-19 lebih tepat dan telus.

Mengulas lanjut, Dr Mahesh berkata antara akhir Julai hingga akhir Ogos, petugas KKM menanggung beban kerja yang tinggi terutama di Lembah Klang dan ini menyebabkan siasatan klinikal tertangguh sekali gus lewat dilaporkan.

“Ini bermakna, terdapat kes kematian akibat Covid-19 yang telah berlaku beberapa minggu lalu tetapi hanya dilaporkan hari ini kerana hasil siasatan dan laporan audit baru sahaja diperoleh,” katanya.

Beliau berkata KKM sememangnya telus dan mahu kekal telus dalam melaporkan jumlah kematian akibat Covid-19 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Namun, katanya, adalah penting juga untuk orang ramai mendapat gambaran sebenar mengenai trend di Lembah Klang yang menunjukkan penurunan ketara jumlah kematian, seperti yang dijangka apabila peratusan liputan vaksinasi semakin tinggi.

“Oleh itu, KKM membuat keputusan untuk lebih telus dengan melaporkan kedua-dua maklumat ini supaya rakyat mendapat gambaran yang lebih jelas tentang situasi yang berlaku.

“Ini termasuklah tarikh kematian sebenar dan tarikh dilaporkan bagi setiap kes kematian dan juga BID yang berlaku. Data-data ini boleh diakses melalui data sumber terbuka, Github,” katanya.

Berita berkaitan
Sebanyak 32.8 peratus kes baharu Covid-19 di Sarawak disebabkan BA.5
August 11, 2022· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
Popular
SRC: Catur terakhir ‘Bossku’ bermula hari ini di Mahkamah Persekutuan
August 15, 2022
Skandal LCS: Pengarah operasi ‘VIP’ dalam senarai pertuduhan SPRM
August 15, 2022
Peninju Thailand maut selepas aksi muay thai di Kota Bharu
August 14, 2022
Rayuan akhir Najib: Ketua Hakim Negara ketuai panel lima hakim
August 15, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Malaysia di landasan tepat catat KDNK hingga 6.3%: Tengku Zafrul
11 minit lalu · Isu semasa
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
18 minit lalu · Isu semasa
Harga alat ganti kenderaan naik antara 25 dan 60 peratus: Laporan
2 jam lalu · Isu semasa
Rayuan akhir Najib: Ketua Hakim Negara ketuai panel lima hakim
2 jam lalu · Isu semasa
Bursa Malaysia diniaga rendah pagi ini, ringgit pula dibuka tinggi
2 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Himpunan kapal LCS mahu siasatan bukan penjelasan
27 minit lalu
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok