Bazar Ramadan tak patuh SOP diarah tutup 14 hari

April 17, 2021 · Isu semasa

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu mengesahkan Bazar Ramadan Tok Adis dekat Kuala Ibai diarah tutup sementara selama 14 hari bermula 8 malam tadi hingga 30 April, lapor Bernama.

Pengarahnya Dr Nor Azimi Yunus dipetik sebagai berkata, perintah penutupan bazar Ramadan itu dilakukan agar penganjur dapat memperkemaskan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dan memastikan ia dipatuhi oleh peniaga dan pengunjung.

“Ia adalah bazar Ramadan pertama yang diarah tutup sementara di Terengganu. Pemantauan telah dilakukan oleh pegawai penguat kuasa di lokasi itu selama beberapa hari dan kita dapati banyak pelanggaran SOP berlaku.

“Arahan penutupan bazar itu bukan secara mengejut kerana nasihat telah pun diberi…penutupan dilakukan mengikut prosedur ditetapkan dan berharap langkah ini akan menjadi iktibar kepada semua agar mereka tidak cuai dalam pematuhan SOP,” katanya.

Penutupan itu berkuat kuasa mengikut Seksyen 18 (1) (f) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Antara SOP yang mesti dipatuhi di bazar Ramadan ialah pengambilan suhu badan, pendaftaran masuk menggunakan aplikasi MySejahtera, penggunaan cecair pembasmi kuman, pemakaian pelitup muka, laluan sehala dan hanya pengunjung 13 tahun ke atas sahaja dibenarkan masuk.

Mengulas lanjut, Dr Nor Azimi berkata jabatan sentiasa melakukan pemantauan tahap pematuhan SOP di semua bazar Ramadan di seluruh Terengganu bagi mengelak wujudnya kluster baharu COVID-19 akibat pelanggaran SOP di lokasi niaga itu.

Sebanyak 69 lokasi bazar Ramadan dengan 4,326 petak niaga beroperasi di seluruh Terengganu pada Ramadan kali ini.

Daripada jumlah itu, 22 lokasi adalah di Kuala Terengganu, Kemaman (19), Besut (10), Setiu (enam), Dungun (lima), Marang (lima) dan Hulu Terengganu (dua).

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ceroboh ruang udara: Malaysia kemuka bantahan, panggil Duta China
June 1, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
[KEMAS KINI] Najib pecat peguam cara firma guaman Zaid Ibrahim
August 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok