Bayaran rayuan BPR disalur bermula esok, kata MOF

September 17, 2021 · Isu semasa

Pemohon rayuan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan mula menerima bayaran bermula esok, umum Kementerian Kewangan (MOF) hari ini.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata pemohon akan menerima bayaran yang terus dikreditkan ke akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan rayuan BPR pada penghujung September lalu bersekali dengan penerima bayaran BPR Fasa 3.

Beliau berkata, pembayaran rayuan BPR itu akan melibatkan hampir 200,000 penerima BPR dengan anggaran peruntukan sebanyak RM240 juta.

Menurutnya, kerajaan telah mengemas kini data golongan B40 yang layak menerima BPR melalui permohonan rayuan BPR yang dibuka pada 15 sehingga 30 Jun lalu.

“Permohonan rayuan ini telah dinilai semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi memastikan inisiatif bantuan tunai ini dapat disalurkan dan dimanfaatkan oleh golongan yang benar-benar layak.

“Semakan status kelulusan rayuan BPR boleh dibuat mulai esok di Portal BPR di https://bpr.hasil.gov.my,” katanya dalam satu kenyataan.

Tengku Zafrul berkata, kerajaan berharap bantuan tunai yang secara keseluruhannya berjumlah RM17.1 bilion sehingga hujung tahun ini boleh membantu Keluarga Malaysia menampung dan menguruskan perbelanjaan penting mereka.

Menurutnya, selaras dengan pengumuman kelulusan rayuan BPR itu, kerajaan turut memberi peluang kepada golongan yang lulus rayuan BPR menyertai Program Jaringan Prihatin.

“Tarikh akhir pendaftaran dan penebusan program ini akan dilanjutkan sehingga 30 September depan.

“Pelanjutan ini juga bertepatan dengan situasi semasa selain memberi ruang serta masa kepada mereka yang perlu mendaftar dan menebus telefon mereka di kedai secara fizikal,” katanya.

Katanya, kerajaan sentiasa komited untuk memastikan program yang disediakan menepati kehendak golongan sasar dan memudahkan pembelajaran anak-anak golongan B40 mendapatkan pakej telekomunikasi ataupun pakej peranti mudah alih.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Popular
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Reka bentuk baharu jalan Bukit Kayu Hitam ke Sadao siap November
August 28, 2022
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok