Bayaran Fasa 2 BKC dibuat Khamis

November 23, 2021 · Isu semasa

Pembayaran Fasa Dua Bantuan Khas Covid-19 (BKC) akan dibuat mulai Khamis dengan peruntukan RM300 juta, melibatkan 700,000 isu rumah, individu bujang dan warga emas yang tergolong dalam kategori miskin.

Semakan status kelulusan BKC boleh dibuat melalui Portal BKC, iaitu https://bkc.hasil.gov.my.

Pembayaran seterusnya iaitu Fasa Tiga BKC akan dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan iaitu pada bulan Disember 2021 melibatkan peruntukan sebanyak RM1.2 bilion untuk 3.8 juta penerima isi rumah kategori miskin dan B40.

BKC merupakan sebahagian daripada inisiatif Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang diperkenalkan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin, selain bayaran tambahan kepada pakej rangsangan ekonomi.

Di bawah Kerajaan PN pelbagai program bantuan rakyat disalurkan susulan penularan pandemik Covid-19 yang menjejaskan pelbagai sektor, termasuk ekonomi.

Namun bukan Malaysia sahaja yang berdepan pandemik terburuk itu, sebaliknya seluruh dunia masih lagi bergelut dengan penularan wabak yang bermula di Wuhan, China, lewat 2019 lalu.

Sementara itu, Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 Fasa 2 di bawah PEMULIH bagi membantu peniaga kecil dan sederhana (PKS) mikro sebanyak RM500 mula dikreditkan ke akaun penerima mulai hari ini.

GKP itu bakal memanfaatkan sejuta PKS mikro yang layak, setelah bayaran Fasa 1 sebanyak RM500 dibuat pada September lalu.

Secara keseluruhan, setiap peniaga terbabit akan menerima bayaran berjumlah RM1,000 di bawah GKP 4.0 bagi meringankan beban kewangan mereka akibat pandemik Covid-19.

Inisiatif ini akan melibatkan penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0, GKP 3.0 dan penerima baharu GKP 4.0 dengan implikasi kewangan sebanyak RM500 juta.

Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan dalam sistem GKP. Semakan status kelulusan GKP 4.0 boleh dibuat mulai semalam melalui Portal GKP, iaitu https://gkp.hasil.gov.my.

Secara keseluruhan, jumlah peruntukan yang telah dan akan disalurkan kepada lebih satu juta PKS mikro di bawah GKP semenjak Covid-19 melanda negara adalah sebanyak RM6.08 bilion.

Kerajaan berharap agar bantuan tunai berterusan kepada PKS mikro yang layak ini dapat membantu aliran tunai di samping menggerakkan dan memulihkan kembali perniagaan mereka yang merupakan sektor yang paling terjejas sepanjang pandemik Covid-19.

Berita berkaitan
Pendapatan sejuta tapi dapat subsidi Tabung Haji, kata Anwar
October 17, 2023· Isu semasa
Tiada tindakan diambil terhadap Fahmi berkempen di masjid: MAIS
August 29, 2023· Politik
Kerajaan berhak umum bantuan tunai bila-bila masa, kata Mat Maslan
July 29, 2023· Politik
Dia bagi kita ambil, tapi undi jangan beri : Tun Faisal
July 27, 2023· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Pelajar sekolah balik cuti raya Cina tak dibenar pulang ke asrama
February 5, 2022
Banjir: Tiga beradik maut kena renjatan elektrik di Kelantan
December 19, 2022
Kilang pemasangan Porsche pertama Malaysia dilancar di Kedah
March 28, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok