Bayaran bulanan pinjaman naik jika BNM tingkatkan OPR minggu ini

July 4, 2022 · Isu semasa

Penganalisis hartanah dan perunding kewangan berpendapat peminjam akan membayar kadar faedah yang lebih tinggi pada separuh kedua tahun ini sekiranya Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) sehingga 50 mata asas (bps) atau 0.5 peratus.

Menurut mereka keadaan ini akan berlaku disebabkan apa-apa perubahan kadar OPR akan mempengaruhi kadar faedah pinjaman antara peminjam dan bank, sama ada lebih tinggi atau rendah.

Penganalisis Hartanah, Ahyat Ishak berkata sebagai contoh, untuk pembiayaan perumahan sebanyak RM500,000 dengan tempoh 30 tahun pada kadar keuntungan 3.0 peratus, jumlah pembayaran setiap bulan ialah sebanyak RM2,108.

“Namun apabila, OPR meningkat 50 bps, maka kadar keuntungan pembiayaan ini juga bertambah menjadi 3.5 peratus dan jumlah pembayaran meningkat kepada RM2,245, iaitu kenaikan sebanyak RM137.

“Jadi adakah kenaikan ini suatu kos yang boleh ditanggung oleh seisi rumah di kala mereka menghadapi tekanan kewangan dari inflasi atau kos sara hidup yang meningkat,” katanya menurut laporan BH hari ini.

Terdahulu, Moody’s Analytics meramalkan BNM menaikkan OPR sebanyak 25 bps kepada 2.25 peratus pada Mesyuarat Dasar Monetari (MPC) keempatnya pada minggu ini yang dijadual bermula esok

Pada mesyuarat MPC ketiga yang diadakan pada Mei, BNM telah menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 2.00 peratus. Kadar siling dan lantai bagi koridor OPR juga masing-masing meningkat kepada 2.25 peratus dan 1.75 peratus.

Sementara itu, MIDF Research berkata BNM akan “mempertimbangkan untuk satu lagi kenaikan kadar sebanyak 25 mata asas” berikutan peningkatan berterusan dalam inflasi teras, sekali gus mencerminkan permintaan dalam negeri yang kukuh.

“Selain itu, momentum positif dalam jualan perdagangan pengedaran, penurunan kadar pengangguran kepada tahap rendah baharu pandemik iaitu 3.9 peratus pada 22 April 2022 serta kadar pengembangan dua angka perdagangan luar memberikan tanda-tanda positif terhadap pemulihan kukuh ekonomi,” katanya dalam satu nota penyelidikan.

Sebelum ini, AmBank Research dalam nota kajiannya menjangkakan BNM akan meningkatkan OPR sebanyak 50 bps, susulan langkah bank pusat itu untuk membendung inflasi.

Kenaikan sebanyak 50 bps akan menjadikan OPR kepada 2.50 peratus, selepas kenaikan 25 bps dibuat oleh BNM pada Mei lalu.

Perunding kewangan Abuayubul Ansari pula berkata dalam situasi semasa, segala kos akan bertambah, malah orang awam yang tidak membuat pinjaman pun akan terasa bahangnya kerana kos semua barang akan mula naik.

Ini kerana katanya selain daripada pelbagai faktor, kos meminjam bagi perniagaan akan meningkat yang dengan sendirinya menjadi punca kepada kenaikan harga produk atau pun perkhidmatan.

“Ini secara tidak langsung menjadikan orang awam akan mula merasai bahang. Jadi nasihatnya adalah sama saja seperti nasihat orang tua dulu-dulu, berjimat, jangan berbelanja berlebihan dan adakan simpanan.

“Bak pepatah ukur baju di badan sendiri, juga bila mahu beli barangan berharga tinggi, pastikan mempunyai deposit yang tinggi dan jangan meminjam lebih daripada empat tahun untuk kereta.

“Kalau rasa tak boleh, maksudnya kita belum mampu. Itu yang orang tua dulu cakap ‘kumpul, kumpul dulu (duit) baru beli. Selain itu, perlu juga tahu cara mendapatkan pendapatan tambahan jika mahukan juga kemewahan dan perlu mula belajar mengenai kewangan,” katanya.

Berita berkaitan
Unit Pemusnah Bom tak kesan bahan meragukan di Bank Negara: Polis
September 20, 2023· Isu semasa
RM60.6 juta dipindahkan ke akaun Najib antara Feb-Jun 2011: Saksi
September 19, 2023· Isu semasa
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
September 5, 2023· Isu semasa
Perbelanjaan pengguna merosot pada 2023?
August 29, 2023· Isu semasa
Popular
Ribuan peniaga diramal gulung tikar ekoran kenaikan harga bahan mentah: Laporan
September 20, 2023
Ringgit dibuka menghampiri RM4.70 berbanding dolar
September 22, 2023
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
September 23, 2023
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
3 jam lalu · Isu semasa
Peningkatan mangsa banjir di Sabah dan Perak
3 jam lalu · Isu semasa
Polis Perak rampas dadah RM1.5 juta, lima orang ditangkap
September 22, 2023 · Isu semasa
Ringgit dibuka menghampiri RM4.70 berbanding dolar
September 22, 2023 · Isu semasa
Banjir Perak: Jumlah mangsa dipindah meningkat pagi ini
September 22, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Dah bohong sini, dia bohong di New York
9 minit lalu
[VIDEO] Penamaan calon PRK Pelangai selesai, PN hadapi saingan 3 penjuru
14 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok