Bayangkan RM58 bilion hutang dicipta Najib dapat diguna bantu rakyat?

Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Razak membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sedang berjalan.

Hutang yang ditinggalkan ketika pemerintahan Datuk Seri Najib Razak sememangnya membebankan negara dan jika hutang tersebut tidak dicipta oleh bekas Perdana Menteri itu tentu lebih banyak lagi manfaat bantuan yang dapat diberikan kepada rakyat ketika ini.

Jumlah wang yang dibayar kerajaan terhadap hutang yang dicipta oleh Najib berjumlah kira-kira RM58 bilion dan bayangkan sejumlah wang tersebut dapat digunakan untuk membantu rakyat yang sedang berdepan tekanan akibat penularan pandemik Covid-19.

Menurut Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, RM15.5 bilion hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd sudah dibayar kerajaan setakat ini, tetapi masih ada baki hutang berjumlah lebih RM42.3 bilion.

“Bayangkan, jika jumlah hampir RM58 billion ini dapat digunakan, berapa ramai rakyat yang kita dapat dibantu semasa pandemik ini?

“Bukan nak mengungkit, tetapi isu ini amat relevan dengan isu hutang negara dan kemampuan fiskal kerajaan untuk membantu rakyat,” kata Zafrul dalam sebuah video yang dimuat naik di laman Facebook.⠀

Zafrul juga menafikan dakwaan Najib yang kononnya kerajaan berhutang dana sebanyak RM115.53 bilion dari Januari sehingga Mei tahun ini, sebaliknya pinjaman kerajaan setakat April 2021 berjumlah RM81.8 bilion dan setakat bulan Mei adalah sekitar RM99.3 bilion.

“Kesemua pinjaman kerajaan adalah berdasarkan perbelanjaan yang diluluskan di Parlimen sewaktu pembentangan Belanjawan 2021.

“Kerajaan tidak pernah menggunakan ordinan darurat untuk meningkatkan atau menambah perbelanjaan melebihi had siling yang telah diluluskan oleh Parlimen pada Ogos 2020,” terangnya lagi.

Najib sebelum ini mempersoalkan hak kerajaan untuk meminjam RM 115.53 billion sejak permulaan tahun 2021 hingga 22 Mei.

Najib berkata, pinjaman tersebut digunakan untuk ”berbelanja sesuka hati”, selepas Akta Kewangan yang mengawal dan memantau perbelanjaan kerajaan digantung melalui satu lagi ordinan darurat.

Zafrul turut menjelaskan dakwaan Najib tentang pinjaman kerajaan yang mencecah sehingga RM 115.53 billion adalah salah kerana bekas menteri kewangan itu kerana turut merangkumi pinjaman syarikat berkait kerajaan seperti Petronas dan Khazanah.

“Secara terus terang saya tidak tahu mengapa beliau memasukkan pinjaman yang dibuat oleh Petronas dan Khazanah serta hasil penjualan silterra atau saham telekom sebagai pinjaman kerajaan.

“Pinjaman Petronas dan Khazanah ialah urusan syarikat masing-masing. Mereka meminjam untuk keperluan modal dan aliran syarikat.

“Ini hutang mereka, merekalah yang bertanggungjawab,” katanya.

POPULAR
Cemas tertukar bayi di hospitalJune 13, 2021
Malaysia sedang bangunkan dua vaksin Covid-19 sendiriJune 12, 2021
Polis tahan lori bawa 48 pekerja kilang proses ayam positif Covid-19June 14, 2021
Masjid tak ditutup, aktiviti hanya ditangguh, kata Mufti KelantanJune 13, 2021
Agong yakin langkah kerajaan tadbir negara, tangani Covid-19June 13, 2021
PM yakin Kuala Lumpur capai imunisasi kelompok menjelang 31 OgosJune 13, 2021