Basikal lajak: Pengurusan kes rayuan Sam Ke Ting 11 Mei

April 26, 2022 · Isu semasa

Pengurusan rayuan kerani wanita terhadap hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja yang menunggang basikal lajak lima tahun lalu, ditetapkan pada 11 Mei depan.

Peguam Muhammad Faizal Mokhtar yang mewakili Sam Ke Ting memaklumkan tarikh pengurusan kes itu ketika dihubungi media hari ini.

Menerusi semakan sistem mahkamah, pengurusan kes itu ditetapkan di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Mohd Khairi Haron yang akan berlangsung melalui sidang video (Zoom).

Pada 18 April lalu, Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Sam, 27, untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara dan denda yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi.

Wanita itu turut dibebaskan dengan ikat jamin RM10,000 serta seorang penjamin, sementara rayuannya didengar di mahkamah berkenaan.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk P Ravinthran bersama-sama Datuk Lee Heng Cheong dan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali turut membenarkan permohonan kerani itu untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada 13 April kalu.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abu Bakar Katar ketika menjatuhkan hukuman turut memerintahkan wanita itu dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda serta hilang kelayakan lesen memandu selama tiga tahun sebaik menjalani tempoh pemenjaraan.

Mahkamah itu memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan pendakwaan bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Majistret pada 10 Oktober tahun lalu yang melepas dan membebaskan wanita itu daripada pertuduhan berkenaan.

Sam yang ketika kejadian berusia 22 tahun, didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru, Johor pada jam 3.20 pagi 18 Februari 2017.

Lapan remaja yang maut dalam kejadian itu terdiri daripada Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14; Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14; Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar, 16; Fauzan Halmijan, 13; Mohamad Azhar Amir, 16; Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14; Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14 dan Haizad Kasrin, 16.

Berita berkaitan
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
December 2, 2023· Isu semasa
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
December 1, 2023· Isu semasa
Prosiding rayuan enam lelaki bunuh Kevin Morais ditangguh
November 7, 2023· Isu semasa
1 Julai tahun depan pendengaran rayuan Zuraida diarah bayar perintah RM10 juta
October 11, 2023· Politik
Popular
Sime Darby jual syarikat-syarikat Pelabuhan Weifang bernilai RM1.27 bilion
July 4, 2022
Annuar yang pernah fitnah Bersatu dilantik pengerusi baharu UDA
March 23, 2023
Jangan sewa akaun bank kepada scammer, elak jadi mangsa penipuan
September 20, 2021
Covid-19: 76 kematian semalam, Selangor lepasi 700,000 kes positif
October 21, 2021
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok