Baru saja kempen NADMA arah jawatankuasa bencana diaktifkan

November 6, 2022 · Isu semasa

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini (6 November 2022) mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Waspada) mulai 8 hingga 11 November ini bagi negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung.

Negeri-negeri yang terlibat ialah Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor, kata MetMalaysia dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan itu juga mengatakan negeri-negeri di Pantai Barat Semenanjung – Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor) serta Sarawak dijangka mengalami hujan lebat dan ribut petir yang lebih kerap pada sebelah petang hingga malam.

“Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial seta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih,” kata kenyataan itu.

Susulan itu, Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri (NADMA) mengarahkan supaya jawatankuasa pengurusan bencana peringkat negeri (JPBN) dan daerah (JBPD), diaktifkan.

Nadma langkah itu bertujuan meningkatkan tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi bencana yang bakal berlaku terutama di kawasan yang berisiko tinggi.

“Berdasarkan analisis model cuaca, penumpuan angin dijangka berlaku di Pantai Timur Semenanjung dan barat Sarawak.

“Keadaan ini berpotensi menghasilkan hujan berterusan yang boleh membawa hujan lebat dan angin kencang di Pantai Timur Semenanjung dari 8 hingga 11 November,” kata NADMA.

Menurut kenyataan itu JPBD dan JPBN perlu memastikan setiap pusat pemindahan dilengkapi dengan keperluan asas dan Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) mempunyai segala aset pengoperasian yang mencukupi serta berada di dalam keadaan yang baik dan bersedia untuk digunakan.

NADMA melalui Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) akan sentiasa memantau situasi parameter maklumat teknikal dengan kerjasama pelbagai agensi teknikal.

“NDCC juga sentiasa dalam kesiapsiagaan menerima maklumat bencana, bantuan pengurusan dan pengoperasian bencana dari semasa ke semasa,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, sehingga jam 7 malam ini, 20 sungai di lapan negeri mencatat bacaan paras waspada dan amaran, susulan hujan lebat yang berlaku.

Enam daripada sungai itu terletak di Pahang, diikuti Kedah (empat); Sarawak (tiga); masing-masing dua di Negeri Sembilan dan Melaka; dan masing-masing satu di Johor, Kelantan serta Selangor.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
MetMalaysia keluar amaran hujan lebat tahap bahaya di Kelantan, Terengganu
19 jam lalu· Isu semasa
MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu hingga Sabtu
December 2, 2022· Isu semasa
Hujan lebat dan ribut petir diramal seluruh negara selama tiga hari
November 28, 2022· Isu semasa
Cuaca buruk, proses pengundian digantung di Baram
November 19, 2022· Isu semasa
Popular
Bos Mydin jawab idea import telur dicadang Mat Sabu tak masuk akal
December 8, 2022
Bukan RM600 bilion, SPRM sahkan terima butiran daripada MoF untuk siasatan
December 9, 2022
Satu lagi nama kementerian ditukar kerajaan baharu
December 9, 2022
Persatuan bimbang harga simen naik, apa kerajaan PH-UMNO buat?
December 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Satu lagi nama kementerian ditukar kerajaan baharu
9 jam lalu · Isu semasa
Persatuan bimbang harga simen naik, apa kerajaan PH-UMNO buat?
14 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah arah Bung Moktar dan isteri bela diri, permohonan semakan ditolak
16 jam lalu · Isu semasa
Bukan RM600 bilion, SPRM sahkan terima butiran daripada MoF untuk siasatan
16 jam lalu · Isu semasa
Azeez Rahim dibebaskan terus selepas dua minggu kerajaan ‘hoi ya hoi’ memerintah
19 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Annuar Musa, 2 pemimpin wanita sah dipecat dari UMNO
13 jam lalu
[VIDEO] Isu kemiskinan pesawah, aktiviti kartel padi perlu perhatian kerajaan pusat
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok