Bapa tertidur anak setahun dan 2 tahun merayau di jalan

May 29, 2021 · Isu semasa

Gara-gara seorang bapa tertidur nyenyak, dua anak perempuannya masing-masing berusia setahun dan tiga tahun keluar rumah pada waktu malam dan berkeliaran tanpa pengawasan di sekitar Kampung Melayu Kulai di Kulai, semalam.

Bagaimanapun, kedua-duanya bernasib baik kerana orang awam yang melalui kawasan itu terserempak dengan mereka sedang berjalan sebelum menghubungi pihak polis.

Ketua Polis Daerah Kulai Superintendan Tok Beng Yeow berkata keberadaan dua kanak-kanak tempatan itu yang dikesan berkeliaran pada jam 11.50 malam hasil maklumat orang awam sebelum polis bergegas ke lokasi berkenaan.

“Anggota polis yang menjalankan tugas rondaan cegah jenayah telah dimaklumkan oleh orang ramai yang terjumpa dua kanak-kanak prempuan berbangsa Melayu lingkungan umur satu tahun dan tiga tahun berkeliaran di Kampung Melayu Kulai tanpa pengawasan.

“Anggota polis kemudian ke lokasi kejadian dan berjumpa kanak-kanak tersebut bersama dengan orang awam yang memberikan maklumat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pemeriksaan fizikal dilakukan ke atas kanak-kanak berkenaan dan didapati tiada sebarang kecederaan yang disyaki akibat penderaan atau trauma.

Tok berkata susulan itu polis dan orang awam bertindak mencari dan mengesan ibu bapa serta penjaga kanak-kanak berkenaan.

“Lebih kurang 30 minit kemudian datang seorang lelaki Melayu mengaku bapa kepada kanak-kanak perempuan tersebut. Dokumentasi dijalankan dan didapati lelaki itu adalah bapa dan penjaga yang sah kepada kanak-kanak berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, lelaki berkenaan telah mengaku cuai menjaga anak-anaknya ketika isterinya bekerja syif malam.

Susulan itu katanya, polis memberi amaran keras kepada lelaki terbabit dan berterima kasih kepada orang awam kerana bertindak pantas menyalurkan maklumat kepada polis.

Terdahulu, tular di media sosial rakaman video yang menunjukkan dua kanak-kanak terbabit ditemukan pihak polis dan orang awam di tepi jalan.

Berita berkaitan
Kertas siasatan dibuka dalam kes lima polis larikan seorang lelaki dan pukul
October 2, 2023· Isu semasa
Minuman keras tak bercukai RM1.5 juta dirampas polis
October 1, 2023· Isu semasa
Suspek tikam isteri ditahan reman tujuh hari
October 1, 2023· Isu semasa
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
September 30, 2023· Isu semasa
Popular
Penolong pengurus hotel didakwa cabul kehormatan bekas pembaca berita
October 3, 2023
Jumlah hasil petroleum dibayar kepada Terengganu rendah, tak sampai RM1 bilion
October 3, 2023
Yasin diperintah bela diri tiga pertuduhan kes dadah
October 3, 2023
PMX kata akan umum berita baik pada Khamis selepas lawatan ke UAE
October 3, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Yasin diperintah bela diri tiga pertuduhan kes dadah
9 jam lalu · Isu semasa
Jumlah hasil petroleum dibayar kepada Terengganu rendah, tak sampai RM1 bilion
18 jam lalu · Isu semasa
Penolong pengurus hotel didakwa cabul kehormatan bekas pembaca berita
18 jam lalu · Isu semasa
PAS tak fail rayuan keputusan Parlimen Kemaman, sedia hadapi PRK
18 jam lalu · Isu semasa
PMX kata akan umum berita baik pada Khamis selepas lawatan ke UAE
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar kena tenang tak perlu agresif, Pelangai tetap pilih PN
4 jam lalu
[VIDEO] Malaysia macam negara miskin sejak Anwar Ibrahim jadi PM
6 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok