Bapa saman bekas isteri, kerajaan RM25 juta dalam kes anak dilarikan

June 2, 2022 · Isu semasa

Seorang bapa memfailkan saman terhadap bekas isterinya, kerajaan dan lima pihak lagi berhubung dakwaan dua anaknya dilarikan ke New Zealand, empat tahun lalu.

Mohd Saleem Mohammad Aslam, 35, dan kakaknya yang juga ibu saudara kepada dua kanak-kanak itu, Kalsum Mohammad Aslam, 38, selaku plaintif memfailkan saman itu menerusi Tetuan Haziq A Subhi & Co di Mahkamah Tinggi di sini pada 10 Mei lalu dengan menamakan bekas isterinya Faith Kimberly Hepburn @ Ashalina Hepburn Abdullah sebagai defendan, lapor Bernama.

Turut dinamakan sebagai defendan ialah Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Pengarah Imigresen (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur atau KLIA), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Pegawai JIM Sifulan Abdullah, Kerajaan Malaysia dan peguam Jennifer Jayalitha Chandran.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, kedua-dua plaintif mendakwa kecuaian oleh Ketua Pengarah JIM (defendan pertama), Pengarah Imigresen (defendan kedua) dan JIM (defendan ketiga) berlaku apabila plaintif-plaintif mendapati bahawa dua kanak-kanak itu telah dilarikan Hepburn (defendan ketujuh) keluar dari Malaysia tanpa sebarang justifikasi dan dokumen rasmi yang sah, selain dokumen yang digunakan mengandungi pemalsuan beberapa maklumat.

Anak lelaki mereka kini berusia 10 tahun manakala anak perempuan berusia lapan tahun.

Plaintif mendakwa selepas dua kanak-kanak itu hilang daripada jagaan mereka, dua laporan polis telah dibuat dan telah dimaklumkan kepada defendan pertama hingga ketiga sebagai makluman awal kerana dikhuatiri kanak-kanak tersebut dibawa lari keluar negara oleh Hepburn dan kekasihnya Atabek Yechshanov, seorang warga Kazakhstan.

“Kegagalan dan kecuaian berikutnya dapat dilihat apabila defendan pertama hingga ketiga serta defendan keempat (Sifulan) telah membenarkan dua kanak-kanak itu keluar dari negara dengan menggunakan pasport di bawah negara New Zealand tanpa sebarang pemeriksaan terperinci mengenainya.

“Kerajaan Malaysia selaku defendan kelima telah gagal, enggan atau cuai apabila membenarkan kejadian serta kecuaian yang dilakukan oleh defendan pertama hingga keempat,” dakwa kedua-dua plaintif menerusi pernyataan tuntutan itu.

Selain itu, plaintif-plaintif mendakwa Jennifer Jayalitha telah bertindak cuai apabila gagal mendapatkan maklumat penuh daripada Hepburn kerana semasa permohonan penukaran kewarganegaraan dibuat, wanita itu dan bekas suaminya masih lagi dalam prosiding Mahkamah Syariah yang bermula sejak 2016.

Dakwa kedua-dua plaintif, Hepburn telah memalsukan tangan tangan bekas suaminya dalam borang permohonan penukaran kewarganegaraan tersebut dan tanda tangan itu tidak disemak oleh Jennifer Jayalitha selaku peguamnya.

“Akibat kecuaian itu, plaintif-plaintif dan keluarga telah berhadapan dengan pelbagai kesusahan dan telah kerugian banyak kos, masa, tenaga dan sumber kewangan kerana perlu menyelesaikan tuntutan hak jagaan di mahkamah di New Zealand dan kesemua ini adalah berpunca daripada kesan kecuaian dan kegagalan kesemua defendan,” dakwa plaintif-plaintif.

Oleh itu, plaintif-plaintif antaranya menuntut perintah ganti rugi am sebanyak RM25 juta daripada defendan pertama hingga kelima selain ganti rugi am daripada defendan keenam dan ketujuh untuk ditaksirkan oleh mahkamah.

Turut dituntut ganti rugi khas RM404,265.39 daripada kesemua defendan, ganti rugi tauladan dan relief lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Berdasarkan semakan sistem mahkamah, kes itu ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi R. Pushparasi pada 22 Jun ini.

Berita berkaitan
Permohonan Irwan, Arul Kanda batal saman 1MDB didengar 19 Okt
2 jam lalu· Isu semasa
Guan Eng menang kes saman terhadap dua akhbar bahasa Cina
2 jam lalu· Isu semasa
Tajuddin sahkan Muhyiddin tak masuk campur kes mahkamah Zahid
June 28, 2022· Politik
Menteri UMNO tolak cadangan potong gaji, tak selesai harga barang naik
June 25, 2022· Isu semasa
Popular
Zahid dakwa tertekan, tak nafi guna dana YAB bayar kad kredit
June 30, 2022
Operasi cari 10 pemancing, 3 kru bot hilang diperluas: APMM
July 1, 2022
Mahkamah tangguh keputusan kes rasuah Azeez buat kali terakhir
July 1, 2022
Keputusan kes rasuah Rosmah diubah kepada 1 September
July 1, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Annuar perjelas punca harga barang naik
2 jam lalu · Isu semasa
Kekurangan doktor di HKL, HTA hanya sementara
2 jam lalu · Isu semasa
Tiada syarikat di Malaysia ada lesen import, jual air zam zam: KKM
2 jam lalu · Isu semasa
MoF sentiasa tingkat subsidi kepada rakyat: Tengku Zafrul
2 jam lalu · Isu semasa
Lagi pengedar dadah Malaysia akan dihukum gantung di Singapura
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
4 jam lalu
[VIDEO] Marah disaman tiada lesen, langgar kereta JPJ sehingga terbalik
June 30, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok