Banyak syarikat baharu didaftar ketika pandemik – Wan Junaidi

March 26, 2021 · Isu semasa

Lebih banyak syarikat baharu yang didaftarkan berbanding jumlah syarikat ditutup pada tahun lepas meskipun ketika negara sedang berdepan pandemik Covid-19, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Wan Junaidi berkata hasil dapatan statistik Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan 437,769 syarikat baru telah didaftarkan, termasuk 131,139 syarikat dalam talian baharu berbanding 78,420 syarikat yang ditutup.

“Ini menunjukkan jika seseorang itu dinamik, dapat menyesuaikan dengan perubahan dan menggunakan teknologi, mereka akan berjaya. Bagi menjadi usahawan yang berjaya, mereka perlu membuat keputusan dengan segera dan dapat mengubah pelan apabila ia tidak lagi sesuai dan bersedia untuk merebut peluang baharu.

“Mereka yang mengguna pakai teknologi akan berkembang dan mereka yang sebaliknya, akan menghadapi kesukaran,” katanya dipetik dalam laporan Bernama.

Katanya kementerian dan agensinya akan membantu mewujudkan ekosistem yang kondusif untuk keusahawanan di Malaysia bagi berkembang maju.

“Tanpa mengambil kira kategori anda berada, apabila anda berjumpa kami, kami akan membimbing anda, memantau kemajuan anda dan memastikan anda mencapai kejayaan,” katanya.

Beliau berkata matlamat kementerian untuk melahirkan 100 jutawan setahun daripada kumpulan usahawan tempatan bukan hanya ‘cakap kosong’.

“Kami mempunyai pelan untuk mencapainya,” katanya.

Sejak pandemik Covid-19 melanda negara bermula Mac 2020 sehingga kini, banyak sektor perniagaan mengalami kesan apabila ada kilang dan perniagaan gulung tikar meskipun pelbagai pakej ransangan dilancarkan oleh kerajaan dalam membantu ekonomi terus bertahan.

Pelbagai pakej rangsangan dan langkah pemulihan ekonomi diperkenalkan kerajaan bagi memastikan rakyat dapat berdepan saat sukar ketika ini.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
BNM sukar elak kenaikan OPR kata penganalisis
October 25, 2022· Isu semasa
Selepas pengumuman tarikh PRU-15 semalam, ringgit jatuh lagi pada awal dagangan
October 21, 2022· Isu semasa
UMNO ghairah berkempen PRU-15, tapi pakar ramal ekonomi meleset tahun depan
October 17, 2022· Isu semasa
Bantuan makanan bawah program MPN libatkan hampir 15,000 golongan rentan
October 3, 2022· Isu semasa
Popular
Selepas Anwar lantik diri jadi Menteri Kewangan, ketua setiausaha perbendaharaan dicutikan?
December 6, 2022
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
December 5, 2022
Mat Sabu tak umum harga baharu telur ayam, tapi umum akan import telur
December 6, 2022
Bukti rakaman suara Najib dibantah peguam bela, dakwa kedudukan anak guam terjejas
December 6, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Selepas Anwar lantik diri jadi Menteri Kewangan, ketua setiausaha perbendaharaan dicutikan?
10 jam lalu · Isu semasa
Mat Sabu tak umum harga baharu telur ayam, tapi umum akan import telur
10 jam lalu · Isu semasa
Bukti rakaman suara Najib dibantah peguam bela, dakwa kedudukan anak guam terjejas
10 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah tolak permohonan Najib ketepikan injunksi Mareva
14 jam lalu · Isu semasa
1,576 kes baharu, tiga kematian
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Ibrahim di ceramah PRK Tioman
3 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Peja di ceramah PRK Tioman
4 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok