Bantuan Wang Ihsan naik daripada RM500 ke RM1000: PM

September 16, 2021 · Isu semasa

Perdana Menteri Datuk Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kadar Bantuan Wang Ihsan (BWI) dinaikkan daripada RM500 kepada RM1,000, ia bagi membantu mereka yang terjejas ketika Monsun Timur Laut atau bencana lain yang diisytiharkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP).

Ismail Sabri berkata bantuan tersebut melibatkan peruntukan lebih RM39.5 juta daripada Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara dan akan meringankan beban lebih 39,100 isi rumah.

“Mesyuarat JPBP yang dipengerusikan saya pada 13 September lalu, bersetuju menaikkan kadar BWI daripada RM500 kepada RM1,000 bagi setiap ketua isi rumah yang terjejas ketika Monsun Timur Laut atau yang terkesan dengan lain-lain bencana yang diisytiharkan oleh JPBP.

“Keputusan menaikkan kadar bantuan ini, membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap mangsa bencana ditambah pula dengan impak ekonomi rakyat akibat pandemik COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ismail Sabri berkata, pemberian bantuan itu bukan satu bentuk pampasan atau ganti rugi terhadap kerosakan rumah dan harta benda yang dialami mangsa, tetapi untuk mengurangkan beban yang ditanggung mereka.

Jelasnya, ia antara pendekatan baharu yang diambil kerajaan dalam usaha menambah baik pengurusan dan kesiapsiagaan menghadapi Monsun Timur Laut yang dijangka berlaku pada awal November ini hingga penghujung Mac tahun depan, membabitkan negeri Pantai Timur, Johor, Sabah dan Sarawak.

“Atas dasar prihatin dan tanggungjawab kepada kerajaan negeri yang menghadapi kesukaran menguruskan bencana Monsun Timur Laut sepanjang tahun, peruntukan Perbelanjaan Operasi Dalam MTL 2021/2022 juga akan disalur.

“Peruntukan itu menggunakan Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara berjumlah RM9.5 juta bagi membantu kelancaran proses dan memastikan kebajikan rakyat terus dipelihara,” katanya.

Selain itu, Perdana Menteri berkata, pendekatan baharu lain yang turut diputuskan dalam mesyuarat berkenaan adalah pembangunan Sistem eSumbangan badan bukan kerajaan (NGO) sebagai platform penyelarasan bantuan antara penderma dan NGO kepada mangsa bencana.

Katanya, bantuan perlu melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana pusat, negeri atau daerah supaya penyelarasan bantuan dapat dilakukan lebih lancar dan sistematik.

“Badan sukarela yang ingin melakukan pergerakan menghantar bantuan, perlu mendapat kebenaran daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana pusat, negeri serta daerah terlebih dahulu memandangkan jawatankuasa peringkat tempatan lebih arif dengan kehendak dan keperluan mangsa di kawasan terjejas,” katanya.

Pada masa sama, Ismail Sabri turut menasihatkan supaya semua pihak yang terbabit konsisten dalam merancang dan melaksanakan penambahbaikan pengurusan bencana melalui program dan projek yang bermanfaat di negeri masing-masing.

“Semua agensi terbabit juga perlu menggunakan dan berkongsi segala aset yang sedia ada di negeri masing-masing dengan membabitkan badan korporat, NGO serta individu di peringkat tempatan, agar sama-sama dapat menggalas tanggungjawab sesuai dengan semangat Keluarga Malaysia.

“Bersesuaian dengan semangat Keluarga Malaysia juga, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa peka dan prihatin dengan persekitaran termasuk ke atas jiran serta rakan selain ahli keluarga sendiri ketika musim tengkujuh nanti, untuk mengelak sebarang kejadian tidak diingini,” katanya.

Berita berkaitan
Pendapatan sejuta tapi dapat subsidi Tabung Haji, kata Anwar
October 17, 2023· Isu semasa
Tiada tindakan diambil terhadap Fahmi berkempen di masjid: MAIS
August 29, 2023· Politik
Kerajaan berhak umum bantuan tunai bila-bila masa, kata Mat Maslan
July 29, 2023· Politik
Dia bagi kita ambil, tapi undi jangan beri : Tun Faisal
July 27, 2023· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Satu sen pun tiada peruntukan dari kerajaan : MP pembangkang
June 13, 2023
Bantah tulisan Jawi serlah sikap Islamofobia pemimpin DAP
January 19, 2022
Hijrah Diri Jakim bantu LGBT kena serang, dikeluarkan dari Google Play
March 18, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok