Bantuan menyeluruh kepada semua kumpulan masyarakat akan diumum, kata PM

June 27, 2021 · Isu semasa

Semua kumpulan masyarakat akan menerima bantuan yang akan diumum Putrajaya dalam masa terdekat pada Isnin atau Selasa ini bagi membantu meringankan beban rakyat dalam berdepan cabaran pandemik ketika ini.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata bantuan kali ini akan lebih komprehensif dibawah Fasa (Pertama) Kawalan Pergerakan Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan merangkumi sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terkesan dengan pelaksanaan PKP 3.0 bagi mengekang penularan Covid-19.

Muhyiddin berkata kerajaan sentiasa berusaha memastikan kira-kira 12 juta individu atau isi rumah di negara ini yang terjejas dengan penularan wabak COVID-19 menerima bantuan dan sokongan sewajarnya dalam mendepani saat-saat yang sukar ketika ini.

“Kita faham bila di fasa begini (fasa pertama PKP 3.0) dan seterusnya sampai ke akhir tahun, semua tunggu apakah kerajaan akan tolong kumpulan yang terkesan? Kumpulan B40 dan M40 dah tentu (dibantu) termasuk dalam pemberian moratorium, kumpulan T20 juga ada (yang layak),” katanya lapor Bernama hari ini.

Terdahulu Muhyiddin meninjau pusat pemberian vaksin (PPV) di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid hari ini.

Perdana Menteri berkata bantuan yang akan diumumkan kali ini akan mengambil kira keperluan semua kumpulan yang terjejas wabak COVID-19, secara lebih komprehensif jika dibandingkan sebelum ini.

“Perinciannya akan saya maklumkan esok atau lusa supaya semua tahu di mana kita berada, tapi apa yang penting kita beri sokongan kepada semua kumpulan masyarakat,” katanya sambil membayangkan kemungkinan akan terdapat peningkatan dalam bantuan yang akan diberikan itu.

PKS membentuk 98.5 peratus (907,065) daripada perniagaan di Malaysia.

Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang melaksanakan moratorium secara automatik selama enam bulan dari April hingga September 2020 untuk membantu rakyat dan perniagaan.

Setakat 21 Mac lepas, bank telah membantu 1.7 juta pemohon bagi bantuan pembayaran dan kadar kelulusan sebanyak 95 peratus.

Selain moratorium bersasar, masih banyak bantuan Covid-19 lain yang disediakan dan boleh dimohon.

Antaranya Sistem Insurans Pekerjaan Perkeso bagi individu yang kehilangan pekerjaan; Program Perintis Perkeso; Skim Perumahan Belia serta bantuan sebanyak RM1,000 kepada penganggur untuk mendapatkan pengalaman bekerja.

Bantuan lain ialah Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) iaitu kategori isi rumah berpendapatan bawah RM2,500 mendapat BPR tambahan RM500 manakala bagi isi rumah berpendapatan antara RM2,501 dan RM5,000 akan menerima RM300.

Sementara itu, golongan bujang akan menerima BPR sebanyak RM100.

Untuk warga emas, bantuan khas kewangan bersasar berjumlah RM300 secara one-off disediakan untuk pesara kerajaan, veteran tidak berpencen dan elaun sara hidup nelayan manakala bantuan kebajikan warga emas dinaikkan kepada RM500 sebulan berbanding RM350 sebelum ini.

Bagi inisiatif tidak langsung, potongan cukai tambahan untuk majikan yang menggaji warga emas dan dilanjutkan sehingga 2025 serta had pelepasan cukai bagi rawatan perubatan keperluan khas dan penjagaan ibu bapa dinaikkan kepada RM8,000.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Selepas jadi PM, Anwar kata sedia terima PN dalam kerajaan dibentuk
November 24, 2022· Politik
Agong titah 30 MP BN datang menghadap, yang datang cuma 3
November 23, 2022· Politik
PN terima satu lagi sokongan angkat Muhyiddin jadi PM
November 22, 2022· Politik
PN, GPS bincang bentuk kerajaan Persekutuan
November 20, 2022· Politik
Popular
Laporan Utusan juga sahkan Najib kini berada di hospital bukan penjara
December 1, 2022
UEC tak ikut Akta Pendidikan 1996, kenapa harus diiktiraf? Kok Seong
November 30, 2022
Polis siasat video tular lagu kebangsaan dikibar bersama bendera Israel
December 1, 2022
Barang mewah bernilai RM80 juta sah dipulangkan semula kepada Najib dan Rosmah
December 1, 2022
Lagi Isu semasa terkini
MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu hingga Sabtu
40 minit lalu · Isu semasa
Banjir kilat berulang di Baling, 50 rumah terjejas
45 minit lalu · Isu semasa
Laporan Utusan juga sahkan Najib kini berada di hospital bukan penjara
9 jam lalu · Isu semasa
Kes Rosmah gagal isytihar pendapatan kepada LHDN dibicara Mei tahun depan
14 jam lalu · Isu semasa
Polis siasat video tular lagu kebangsaan dikibar bersama bendera Israel
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Khairil Nizam di ceramah PRK Tioman
10 minit lalu
[VIDEO] Ucapan Ustaz Kamal di ceramah PRK Tioman
52 minit lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok