Bantuan makanan bawah program MPN libatkan hampir 15,000 golongan rentan

October 3, 2022 · Isu semasa

Hampir 15,000 isi rumah khususnya golongan rentan menerima bantuan bawah program Majlis Pemulihan Negara (MPN) sejak lebih setahun lalu.

Golongan rakyat susah dan berdepan kesempitan hidup, malah ada antaranya tidak dapat membeli susu anak merupakan golongan rentan yang menerima manfaat menerusi program yang dijalankan hasil cadangan MPN tersebut.

Bantuan tersebut disalurkan hasil kerjasama dengan Yayasan Hasanah dan Yayasan Chow Kit yang bertindak menyalurkan bantuan kecemasan kepada golongan memerlukan.

Ahli MPN yang juga aktivis kanak-kanak, Datuk Dr Hartini Zainuddin, berkata usaha itu dengan bantuan empat badan bukan kerajaan (NGO) berjaya membantu 7,737 isi rumah melalui fasa satu dan 8,000 lagi melalui fasa dua yang kini sedang berjalan.

Beliau berkata, inisiatif itu dijayakan bersama Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, Bantu membabitkan gabungan 17 NGO di Sabah, Yayasan Sejahtera dan Zero Hunger.

“Ketika pandemik pada Mac 2020, ramai golongan asnaf dan miskin tiada makanan langsung, malah saya menerima ratusan mesej sehari berhubung situasi itu.

“Ada yang tidak dapat menyusukan anak kerana ibu tiada makanan, malah kanak-kanak juga semakin lemah tanpa susu dan makanan…bayangkan bayi yang lahir pada 2020 ketika pandemik tidak menikmati makanan dengan betul dalam tempoh lebih dua tahun hingga kini.

“Apabila dijemput dalam MPN, ia adalah peluang untuk saya bergabung dengan wakil kerajaan, NGO dan badan korporat bagi membantu mereka di luar sana,” katanya semasa sesi bersama media.

Beliau berkata, penanda aras baginya di MPN adalah untuk merapatkan jurang antara golongan yang susah ini bagi mendapatkan kehidupan lebih baik termasuk meningkatkan kemahiran mereka.

Katanya, adalah amat penting isu kebajikan sosial ini dilihat daripada seluruh ekosistemnya supaya golongan sasar ini dapat dibantu bagi meningkatkan taraf hidup mereka termasuk dalam aspek pendidikan dan perlindungan kanak-kanak.

Selain itu beliau berkata, pemulihan aspek kebajikan sosial tidak boleh digalas kepada satu pihak sahaja sebaliknya perlu ada gandingan antara kerajaan, NGO, pihak korporat dan komuniti untuk memastikan kejayaannya.

“Sekiranya tiada tindakan segera diambil, ini mampu menjejaskan produktiviti Malaysia serta memburukkan lagi jurang pendapatan negara.

“Pemulihan ekonomi perlu seiring dengan aspek kebajikan sosial yang perlu dijaga bagi memastikan golongan rentan turut mendapat manfaat daripadanya,” katanya.

MPN mula ditubuhkan pada 21 Julai 2021 dan dipengerusikan oleh bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta beberapa barisan menteri, pegawai kanan kerajaan, wakil parti pembangkang, pakar ekonomi, sosial dan kesihatan.

Berita berkaitan
Anwar akui ada kenaikan harga barang, kerajaan sedang cari jalan selesaikan
September 29, 2023· Isu semasa
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023· Politik
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023· Politik
Rayuan pendakwaan terhadap keputusan mahkamah bebas Muhyiddin pada 28 Feb
September 27, 2023· Isu semasa
Popular
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
September 30, 2023
Stadium Shah Alam diroboh selewat-lewatnya pada November: Amirudin
September 30, 2023
Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia
April 9, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
18 jam lalu · Isu semasa
Stadium Shah Alam diroboh selewat-lewatnya pada November: Amirudin
19 jam lalu · Isu semasa
Tiga PPS di Kedah ditutup, mangsa banjir menurun
September 29, 2023 · Isu semasa
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
September 29, 2023 · Isu semasa
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
21 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok