Bantuan kewangan akan diteruskan dalam Bajet 2022, kata Zafrul

October 14, 2021 · Isu semasa

Bajet 2022 yang bakal dibentangkan akan menumpukan aspek kebajikan rakyat dan usaha jangka masa panjang menjadi teras yang akan difokuskan kerajaan, menurut Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Beliau berkata bajet itu akan menumpukan kepada 3R iaitu mempercepat pemulihan, memperkukuh daya tahan ekonomi dan memangkinkan pembaharuan.

Berdasarkan sesi libat urus merentasi banyak sektor, beliau berkata kerajaan akan terus merancang inisiatif bajet kepada Matlamat Pembangunan Lestari.

“Bantuan kewangan akan diteruskan kepada mereka yang paling terjejas terutamanya kumpulan B40, penganggur dan golongan rentan.

“Sokongan kepada perniagaan akan kekal kukuh sama ada menerusi skim pembiayaan mampu milik atau akses yang lebih baik kepada kredit atau geran, bagi menyokong operasi di samping mendorong mereka menuju automasi dan digitalisasi,” katanya lapor Bernama.

Terdahulu, Zafrul menghadiri program anjuran Invest Malaysia 2021 yang diadakan secara maya hari ini.

Tengku Zafrul berkata peningkatan fokus kepada kelestarian dan meningkatkan daya tahan aset alam sekitar dan air Malaysia akan wujud berikutan tumpuan yang semakin bertambah terhadap alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), sasaran pelepasan sifar bersih dan kemajuan selanjutnya dalam ekonomi kitaran.

Kerajaan juga akan menambah baik pasaran buruh antaranya dengan menumpukan kepada insentif pengambilan selain upah subsidi, di samping meningkatkan kehematan fiskal dengan meningkatkan proses perolehan dan pengurusan hutang serta mempertingkat langkah penguatkuasaan cukai, katanya.

Berlandaskan prinsip ketelusan, baru-baru ini Kementerian Kewangan (MoF) buat julung kalinya dalam sejarah Malaysia memperkenalkan kenyataan pra-bajet dan empat kertas konsultasi.

Sehingga kini, ia telah menerima lebih 1,000 maklum balas dan komen mengenai Bajet 2022.

Sementara itu, bagi melengkapkan insiatif Perkukuh Pelaburan Rakyat (PERKUKUH), Tengku Zafrul mengumumkan penubuhan Program Transformasi Syarikat Senaraian Awam (PLCT) yang menyasarkan pelaksanaan prestasi tinggi untuk korporat Malaysia.

Beliau berkata inisiatif yang akan diterajui Bursa Malaysia Bhd itu menumpukan kepada peningkatan lima tonggak Syarikat Senaraian Awam (PLC) — untuk dipacu prestasi; berkembang sebagai organisasi lestari, bertanggungjawab secara sosial dan beretika; bercirikan memperkukuh tadbir urus korporat; kebolehan digital; dan menyokong usaha membina negara untuk memajukan ekonomi dan komuniti rakyat Malaysia.

“PLCT akan berlangsung mulai 2021 hingga 2025. Ia akan menyaksikan kemajuan PLC dalam pelbagai bidang termasuk membina kedudukan kewangan yang kukuh dan meningkatkan komposisi dalam ahli lembaga, sekali gus meletakkan mereka dalam kedudukan yang lebih baik untuk menyumbang kepada agenda negara,” katanya.

Sehubungan itu, Tengku Zafrul menggesa semua PLC untuk menyokong program ini bagi menambah baik korporat Malaysia, pasaran modal dan ekonomi.

Katanya, secara kolektif, usaha-usaha ini — daripada PERKUKUH sehinggalah kepada Aspirasi Pelaburan Nasional, akan memastikan asas ekonomi Malaysia menjadi lebih teguh, di samping meletakkan negara di laluan kemakmuran, inklusif dan kelestarian.

Berita berkaitan
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Walaupun ringgit jatuh, Anwar kata ekonomi negara masih berdaya saing
November 2, 2023· Isu semasa
Bajet 2024: Cukai perkhidmatan naik jadi 8%, subsidi minyak diesel dimansuhkan
October 13, 2023· Isu semasa
Bersatu gesa Anwar lepas jawatan Menteri Kewangan, sama seperti desakan MCA
October 6, 2023· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok