Bantuan kepada B40 tak diagih secara seimbang: Laporan Audit

August 3, 2022 · Isu semasa

Bantuan yang diluluskan untuk Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) bagi meningkatkan kualiti hidup keluarga B40 di bandar tidak diagihkan secara seimbang dan tepat kepada golongan sasar, walaupun mencapai bilangan peserta yang disasarkan, menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2021 Siri 1.

PPKB ialah program yang dilaksanakan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan ia merangkumi beberapa inisiatif iaitu Program Baik Pulih Rumah, Program Rumah Sejahtera dan Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB).

Laporan LKAN turut memaklumkam prestasi keberhasilan program tidak tercapai sepenuhnya kerana terdapat peserta yang tidak menjana pendapatan untuk keluar daripada garis kemiskinan dan tidak mendapat manfaat program walaupun kelulusan telah diberikan kerana agensi pelaksana gagal melaksanakannya.

“Agensi pelaksana gagal melaksanakan kerja baik pulih yang diluluskan kepada 113 peserta bagi program Baik Pulih Rumah selain baki peruntukan untuk 2016 berjumlah RM1.08 juta diserah balik oleh KPKT kepada Kementerian Kewangan kerana tidak dapat dibelanjakan.

“Analisis Audit juga mendapati seramai 2,193 peserta yang diluluskan bantuan adalah peserta yang menetap di luar bandar dalam sistem eKasih, 309 peserta tidak berjaya menjana pendapatan minimum, 25 peserta tidak memanfaatkan peralatan yang diterima dan 36 peserta masih kekal dalam kategori miskin/miskin tegar,” menurut laporan itu.

Dapatan itu diperoleh hasil pengauditan program bagi Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) dan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) setakat 31 Disember 2021.

Selain itu, kelemahan lain yang dikesan sebanyak 22 pihak berkuasa tempatan (PBT) mempunyai baki akaun PPKB yang tidak dibelanjakan untuk manfaat golongan sasar iaitu antara RM11,808.43 hingga RM2.06 juta dengan baki keseluruhan berjumlah RM4.82 juta.

Justeru, bagi mengatasi kelemahan yang dibangkitkan dapat ditambah baik pada masa hadapan, pihak Audit mengesyorkan KPKT menilai semula kriteria kelayakan peserta yang ditetapkan supaya golongan yang mendapat manfaat program adalah golongan B40 di bandar dan memastikan tiada pertindihan bantuan kerana sumber kewangan kerajaan yang terhad.

Selain itu, kementerian itu juga perlu menilai semula kaedah pemilihan peserta dan kursus yang ditawarkan dengan mengambil kira keperluan semasa dan kehendak pasaran supaya pendapatan dapat dijana secara optimum, seterusnya membantu mereka keluar daripada kemiskinan.

“KPKT juga hendaklah menilai keperluan untuk menguruskan peralatan yang tidak digunakan oleh peserta program PEKB supaya tiada kerugian di pihak kerajaan terhadap perbelanjaan yang dibuat.

“Di samping itu, tumpuan juga perlu diberikan terhadap usaha penambahbaikan mekanisme penyelarasan, pemantauan dan penilaian program agar dapat mencapai matlamat yang disasarkan dengan berkesan,” menurut laporan itu.

Berita berkaitan
Selepas simen, kini baja Rahmah bakal diperkenalkan
August 2, 2023· Isu semasa
Subsidi untuk orang kurang mampu : Ahmad Maslan
May 19, 2023· Isu semasa
Subsidi elektrik: Kaji kesan sebelum umum, Muhyiddin tegur Anwar
May 17, 2023· Isu semasa
Selepas simen, kerajaan bakal perkenal insurans Rahmah pula
May 15, 2023· Isu semasa
Popular
Satu sen pun tiada peruntukan dari kerajaan : MP pembangkang
June 13, 2023
Dr. Sheikh Muszaphar kongsi cara didik anak
October 5, 2021
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
Bantah tulisan Jawi serlah sikap Islamofobia pemimpin DAP
January 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok