Bantuan, inisiatif kerajaan kepada rakyat diteruskan: KSN

August 16, 2021 · Isu semasa

Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali memberi jaminan semua penyampaian kerajaan tidak akan terjejas susulan kemelut politik dan peletakan jawatan Perdana Menteri oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini.

Dalam kenyataan hari ini beliau berkata semua bantuan dan inisiatif yang membabitkan peruntukan besar tidak akan terjejas, terutama pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dalam melawan pandemik Covid-19.

“Anggota perkhidmatan awam akan terus menggalas amanah yang dipertanggungjawabkan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan berpegang teguh kepada ikrar perkhidmatan awam dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dan negara.

“Perkhidmatan awam komited mendukung konsep neutrality dan goverment of the day berlandaskan rule of law. Jentera kerajaan sentiasa sedaya upaya melaksanakan semua dasar yang telah diputuskan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat terutama dalam tempoh yang sangat mencabar ini,” katanya.

Beliau berkata urusan pentadbiran seharian akan terus diterajui Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan seperti biasa.

“Anggota keselamatan terutama PDRM dan ATM sentiasa dalam keadaan siap siaga bagi menjaga keamanan dan ketenteraman awam,” katanya.

Terdahulu, Mohd Zuki menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, pagi tadi.

Muhyiddin hari ini menyerahkan watikah peletakan jawatan Perdana Menteri bersama seluruh Jemaah Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong ketika menghadap baginda tengah hari tadi.

Bagaimanapun, Agong yang menerima peletakan jawatan itu kemudian melantik Muhyiddin menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri ‘caretaker’ sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.

Berita berkaitan
Penyaluran bantuan wang ihsan diselaras PKOB Negeri: NADMA
December 27, 2021· Isu semasa
Cuti pegawai tinggi kerajaan dibatalkan serta-merta, kata KSN
December 24, 2021· Isu semasa
Cuepacs bidas pihak serang kerajaan isu elaun disalur ke akaun bencana
June 1, 2021· Isu semasa
Popular
81% pencarum KWSP Bumiputera miliki kurang RM1,000: Laporan
October 1, 2022
MPN bimbang kejatuhan ringgit, tapi Gabenor kata bukan pengukur keadaan ekonomi
October 3, 2022
Mangsa banjir di Johor meningkat lagi pada tengahari, Mat Maslan mana?
October 3, 2022
Permohonan Najib ke Parlimen ditolak Jabatan Penjara, kata peguam
October 3, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Dua juta pekerja asing bakal masuk dalam tempoh terdekat: Saravanan
9 jam lalu · Isu semasa
Bantuan makanan bawah program MPN libatkan hampir 15,000 golongan rentan
9 jam lalu · Isu semasa
Ringgit jatuh lagi menghampiri RM4.70, kerajaan masih abai nasihat MPN
10 jam lalu · Isu semasa
MPN bimbang kejatuhan ringgit, tapi Gabenor kata bukan pengukur keadaan ekonomi
10 jam lalu · Isu semasa
Permohonan Najib ke Parlimen ditolak Jabatan Penjara, kata peguam
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Najib bukan Ahli Parlimen jika pengampunan ditolak, jelas Shafee
10 jam lalu
[VIDEO] Hutang negara dalam dolar AS hanya 5 peratus, kata menteri
12 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok