Bantuan Bakul Makanan: RM300 ribu kepada semua MP termasuk pembangkang

June 28, 2021 · Isu semasa

Putrajaya mengumumkan peruntukan sebanyak RM300 ribu kepada setiap Ahli Parlimen termasuk blok pembangkang bertujuan untuk melaksanakan program Bantuan Bakul Makanan yang akan disalurkan kepada rakyat yang terjejas semasa tempoh Fasa Pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan mengambil berat kesusahan rakyat yang berdepan cabaran hidup semasa tempoh pandemik melanda negara sehingga terdapat antara mereka yang terputus bekalan makanan asas setiap hari.

“Kerajaan sedar bahawa barangan keperluan asas amat penting bagi golongan yang memerlukan.

“Maka, sebagai tambahan kepada program Bantuan Bakul Makanan sedia ada, Kerajaan bersetuju memperuntukkan sebanyak 300 ribu ringgit kepada setiap ahli Parlimen, termasuk Ahli Parlimen Pembangkang untuk melaksanakan Bantuan Bakul Makanan kepada golongan terjejas di kawasan masing-masing,” katanya semasa mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) hari ini.

Menurut Muhyiddin, kerajaan tidak mengambil sikap memilih bulu dalam menyampaikan bantuan kepada rakyat dan mengenepikan sebarang perbezaan politik demi memastikan kebajikan dan kehidupan rakyat terjamin.

“Dalam soal menyampaikan bantuan kepada rakyat, saya mengambil sikap untuk mengetepikan perbezaan politik.

“Baik Ahli Parlimen Kerajaan atau Pembangkang, semuanya mestilah memikul tanggungjawab bersama untuk membantu rakyat di kala ramai yang sedang menanggung kesusahan,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Muhyiddin juga berharap bantuan yang diumumkan tersebut akan dapat sampai kepada rakyat di kawasan Parlimen masing-masing dan menggesa ia dimanfaatkan sepenuhnya untuk tujuan membantu rakyat yang berdepan kesusahan.

“Gunalah peruntukan ini sebaik mungkin untuk membantu rakyat yang memerlukan di kawasan parlimen masing-masing,” ujarnya.

Selain itu, 10 juta ringgit juga diperuntukkan bagi tujuan melaksanakan Bantuan Bakul Makanan khusus untuk masyarakat Orang Asli.

Bantuan terbaharu ini bernilai RM150 bilion adalah yang kedua terbesar selepas pakej Prihatin diumumkan Perdana Menteri pada Mac tahun lalu membabitkan RM250 bilion.

Pakej terbaru diumumkan berdasarkan keadaan kuncitara yang dijangka berlanjutan kerana kes harian Covid-19 masih tinggi dan merangkumi suntikan langsung fiskal kerajaan sebanyak RM10 bilion.

“Selaras dengan komitmen kerajaan untuk meneruskan agenda prihatin rakyat, sukacita saya mengumumkan bahawa sehingga hujung tahun ini, kerajaan akan menyalurkan Bantuan Tunai langsung kepada rakyat berjumlah RM10 bilion,” katanya.

Berita berkaitan
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
21 jam lalu· Isu semasa
Kalau kita pecat dia untung kerana dapat jadi MP bebas, kata Razali
November 11, 2023· Politik
Zahid dakwa ramai lagi MP PN akan sokong Anwar selepas ini
November 9, 2023· Politik
Politik wang diamalkan ketika ini oleh kerajaan Anwar, bidas Wan Saiful
November 9, 2023· Politik
Popular
Prof Agus dahulu tolak tawaran Anwar kini dilantik Pengarah J-KOM baharu
February 2, 2023
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
December 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
2 jam lalu · Isu semasa
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
2 jam lalu · Isu semasa
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
2 jam lalu · Isu semasa
SPR jangka 70 peratusan keluar pengundi pada PRK Kemaman esok
2 jam lalu · Isu semasa
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Litar lumba projek terbengkalai BN, bukan projek Sanusi
7 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Tuan Ibrahim di ceramah PAS Gong Limau
13 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok