Bantuan awal persekolahan bakal dikredit terus ke akaun pelajar

March 15, 2023 · Isu semasa

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) yang dinaikkan kepada RM150 oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) mungkin dikreditkan terus ke dalam akaun pelajar, bagi mengelak ketirisan seperti berlaku pada Januari lalu.

Timbalan Menteri Pendidikan kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN), Lim Hui Ying berkata ini bagi mengelak kejadian berulang pada Januari yang menyaksikan lebih RM100,000 bantuan dicuri.

“Namun, cadangan tersebut perlu mengambil kira kesanggupan bank dan kesukaran mereka di pedalaman yang menanggung kos (perjalanan) tinggi untuk ke bank,” kata Setiausaha DAP Pulau Pinang itu yang juga anak kepada veteran DAP, Lim Kit Siang.

Saudara kepada Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng itu berkata demikian ketika menjawab soalan di Dewan Rakyat hari ini, (Rabu, 15 Mac 2023).

Bekas Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin (PN-Putrajaya) kemudian mencelah dan berkata bantuan itu pada mulanya dimasukkan ke dalam akaun pelajar ketika kemuncak pandemik Covid-19 ketika pemerintahan PN.

“Adakah garis masa (untuk cadangan ini dilaksanakan)?” soal Radzi.

Lim menjawab bahawa bantuan itu kini dikreditkan ke dalam akaun bank milik bersama ibu bapa dan murid di bawah umur 12 tahun, tetapi tidak dapat memberikan garis masa yang ditanya.

“Saya tidak boleh memberikan garis masa tertentu. Tetapi ia dalam proses. Kita tidak boleh memaksa mereka (pemegang akaun), tetapi hanya menggalakkan mereka.

“Kami juga menerima maklum balas daripada ibu bapa mengenai penambahbaikan proses pengagihan bantuan,” Hui Ying lagi.

Pada Januari lalu, lebih RM100,000 bantuan yang dikeluarkan seorang pengetua sekolah di Semenyih dilaporkan dilarikan dari keretanya.

Pengetua sekolah telah meninggalkan wang itu di dalam beg di tempat duduk penumpang hadapan keretanya semasa dia pergi ke kedai berhampiran untuk membeli minuman.

Berita berkaitan
Muhyiddin minta dibicarakan, pertuduhan tidak melibatkan wang masuk ke akaun peribadi
March 13, 2023· Isu semasa
Tindakan beku akaun Bersatu, DAP paling suka lihat parti Melayu ditindas?
February 5, 2023· Politik
Armada cabar juga PKR dan DAP dedah perbelanjaan mewah semasa berkempen
February 4, 2023· Politik
MP DAP gesa SPRM teruskan beku akaun Bersatu, sama seperti UMNO dulu
February 4, 2023· Politik
Popular
Isteri pelakon bawa watak Anwar mohon cerai: Laporan
March 20, 2023
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Kempen antirasuah Anwar hanya mahu singkir pembangkang: Tun M
March 20, 2023
Che’gu Bard dakwa Anwar, DAP lindungi kesalahan menteri KBS
March 20, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Indira kemuka saman 8 negeri tuntut isytihar tukar agama unilateral tak sah
6 jam lalu · Isu semasa
Kos haji bagi B40 kekal RM10,980 dengan RM400 juta peruntukan bantuan
9 jam lalu · Isu semasa
Jangan kata kita nak bunuh TnG, kata Loke
9 jam lalu · Isu semasa
Che’gu Bard dakwa Anwar, DAP lindungi kesalahan menteri KBS
11 jam lalu · Isu semasa
Kempen antirasuah Anwar hanya mahu singkir pembangkang: Tun M
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anak muda pantang ditipu, lebih yakin dengan Perikatan
16 jam lalu
[VIDEO] Sertai Pakatan dakyah ‘cybertrooper’, PAS tawakal dengan Bersatu
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok