Bantu rakyat hadapi inflasi, potong gaji pemimpin negara dan GLC

June 23, 2022 · Isu semasa

Kerajaan digesa mengambil langkah segera bagi meringankan beban rakyat yang semakin terhimpit dengan kenaikan harga harga barang.

Tidak adil kepada rakyat sahaja yang terpaksa berdepan kesan inflasi tetapi pemimpin negara dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) terus menikmati gaji yang tinggi serta pelbagai elaun lain.

Naib Presiden Parti Gerakan, Baljit Singh menyuarakan pendirian agar kerajaan turut bersolidariti dengan rakyat yang sedang menghadapi peningkatan kenaikan harga barang dan menggesa langkah memotong gaji pemimpin negara terdiri daripada Perdana Menteri; Menteri-menteri Kabinet; wakil rakyat dan pemimpin GLC.

Malah jelas beliau, ketika ini adalah masa yang tepat untuk para pemimpin negara berkenaan tanpa mengira latar belakang politik bersama-sama rakyat kebanyakan dalam mendepani kenaikan harga barang makanan.

“Semua wang daripada gaji dan elaun yang dipotong itu boleh disalurkan semula kepada rakyat dan usaha ini perlu dilakukan segera bagi mengelak negara terjerumus dalam krisis sosial dan kemanusiaan yang lebih buruk,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Harga barangan dijangka naik di luar kawalan bermula 1 Julai ini selepas kerajaan memutuskan untuk tidak lagi meneruskan kawalan harga siling untuk ayam mentah dan telur ayam bermula 1 Julai ini.

Tambah Baljit, para pemimpin negara juga ketika ini sedang diadili oleh rakyat berhubung bagaimana cara mereka dalam menangani krisis kenaikan harga barang yang meresahkan majoriti rakyat.

Isu kenaikan harga barang terus meresahkan orang ramai, malah pengguna termasuk peniaga terpaksa berdepan dengan peningkatan harga barang yang mendadak.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan tambahan bayaran RM50 dan RM100 kepada penerima BKM selepas mengambil kira cabaran kos sara hidup dan kenaikan harga barang makanan ketika ini.

Perdana Menteri berkata, kerajaan mengambil keputusan menyalurkan bantuan tunai tambahan itu kepada golongan B40, masing-masing RM100 bagi isi rumah dan RM50 untuk individu bujang.

Jelas Ismail Sabri, setiap penerima bakal menerima sehingga RM500 mengikut kategori kelayakan BKM masing-masing dengan bantuan tunai tambahan dibayar bersekali dalam bayaran Fasa 2, membabitkan peruntukan tambahan bernilai RM630 juta.

Berita berkaitan
Zahid sahkan Noraini dilantik Pengerusi RISDA baharu
March 26, 2023· Politik
Harga bahan makanan meningkat pada Februari, 203 barang harga naik: Perangkaan
March 24, 2023· Isu semasa
Ringgit dijangka berdepan tekanan berterusan
March 11, 2023· Isu semasa
Kes saman Ismail Sabri terhadap Lokman dibicara pada 29 Jan 2024
March 6, 2023· Politik
Popular
KWSP: Kenapa PH-BN gagal fahami kesusahan, keterdesakan rakyat?
March 30, 2023
KWSP: Seorang pencarum berjalan dari Johor ke Istana Negara tuntut pengeluaran
March 29, 2023
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
March 31, 2023
MB Kedah arah agensi negeri beri komitmen 100% acara Persekutuan
March 31, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Najib kekal dalam penjara, mahkamah tolak permohonan semakan semula
21 minit lalu · Isu semasa
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
3 jam lalu · Isu semasa
Wan Saiful terus beri semangat kepada pencarum KWSP jalan kaki
3 jam lalu · Isu semasa
MB Kedah arah agensi negeri beri komitmen 100% acara Persekutuan
3 jam lalu · Isu semasa
Enam stesen LRT diberhentikan operasi, baiki landasan
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat
March 29, 2023
[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari
March 29, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok