Bantahan dikemukakan terhadap permohonan Rosmah gugur Sri Ram

February 3, 2022 · Isu semasa

Pihak pendakwaan tetap memfailkan bantahan terhadap permohonan Datin Seri Rosmah Mansor untuk menggugurkan Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan dalam kes pengubahan wang haram dan gagal mengisytiharkan pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Rosmah sebelum ini sekali lagi memohon untuk menyingkirkan Sri Ram yang disifatkan pasukan pendakwaan satu penyalahgunaan proses mahkamah.

Dalam prosiding di Mahkamah Tinggi hari ini, Sri Ram berkata, pihaknya hanya menerima afidavit melalui permohonan pembelaan untuk menggugurkan beliau pada Isnin lalu, dan memerlukan masa untuk menjawab afidavit berkenaan.
Beliau berkata, pihaknya akan menghujahkan bahawa Mahkamah Tinggi tiada bidang kuasa untuk mendengar permohonan itu kerana apa yang dipohon oleh Rosmah adalah di dalam bentuk perisytiharan.

“Oleh itu, permohonan berkenaan perlu dibuat melalui semakan kehakiman dan bukannya melalui permohonan prosiding jenayah.

“Kami dengan itu menyatakan ia adalah satu penyalahgunaan proses mahkamah…. Kami akan memfailkan afidavit balasan petang ini,” katanya.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan kemudian menangguhkan prosiding hari ini dan menetapkan pendengaran permohonan itu pada 17 Februari depan.

Mohamed Zaini turut menetapkan tarikh sama bagi mendengar permohonan Rosmah untuk menggugurkan beliau (Mohamed Zaini) daripada mendengar kes itu dan permohonan menangguhkan prosiding sehingga rayuannya untuk membatalkan pertuduhan berkenaan diputuskan mahkamah rayuan.

Dalam permohonan untuk menggugurkan Sri Ram, Rosmah dalam afidavitnya, berkata Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun bertindak melangkaui bidang kuasanya apabila melantik Sri Ram untuk menerajui siasatan berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan melakukan pendakwaan ke atas mereka yang terbabit.

Rosmah berkata, selepas meneliti surat pelantikan Sri Ram sebagai timbalan pendakwa raya kanan mengikut Seksyen 376(3) Kanun Acara Jenayah bertarikh 8 Julai 2020, didapati pelantikan itu tidak merujuk kepada kes pengubahan wang haram dan LHDN yang dihadapinya.

Beliau berkata, jika pun mahkamah berpendapat Idrus bertindak secara teratur selaras dengan kuasa statutorinya, Sri Ram masih bukan individu yang sesuai dan wajar untuk menjalankan pendakwaan kes itu kerana berdasarkan surat pelantikan, adalah jelas beliau terbabit dalam proses siasatan.

Pada 4 Oktober 2018, Rosmah, 69, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas 12 pertuduhan membabitkan diri dalam pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750 dan lima pertuduhan gagal menyerahkan penyata pendapatan kepada LHDN.

Bagi pertuduhan pengubahan wang haram, Rosmah didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 yang boleh dihukum menurut Seksyen 4(1) akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan juga boleh didenda tidak kurang lima kali ganda nilai aktiviti haram atau RM5 juta, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan berkaitan LHDN, Rosmah didakwa gagal mengemukakan penyata pendapatan seperti mana yang diperuntukkan Seksyen 77(1) Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi tahun taksiran 2013 hingga 2017 kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri pada atau sebelum 30 April 2014, 2015, 2016, 2017 dan 2018 dengan tiada sebab yang munasabah yang bertentangan dengan Seksyen 112 akta sama.

Berita berkaitan
Keputusan pengubahan wang haram RM9.5 juta Shafee diketahui 28 Okt
September 15, 2022· Isu semasa
Keputusan kes saman LHDN terhadap Shafee tak bayar cukai pada 28 Sept
September 13, 2022· Isu semasa
Najib keluar 46 cek RM10.3 juta pada 2011, pemimpin politik antara penerima: Saksi
September 12, 2022· Isu semasa
Darjah kebesaran Selangor kepada Najib, Rosmah ditarik balik
September 12, 2022· Isu semasa
Popular
Polis siasat penghuni madrasah dakwa didera ala militan: Arjunaidi
September 23, 2022
Najib ke mahkamah sambung kes RM2.28b 1MDB selepas keluar hospital
September 26, 2022
1,608 kes baharu, dua kematian
September 26, 2022
PRU musim hujan, banjir: Pembayar cukai kena tambah lagi RM1 bilion
September 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Dakwaan murid hampir diculik: Polis Perak tubuh pasukan khas siasatan
56 minit lalu · Isu semasa
Jenayah siber: 12,092 kes, RM414.8 juta hilang dari Januari-Julai 2022
1 jam lalu · Isu semasa
Zizie Izette mohon notis usul didengar bersama Bung Moktar
1 jam lalu · Isu semasa
14 Nov keputusan kes rampasan barangan mewah milik Najib dan Rosmah
2 jam lalu · Isu semasa
Pengurus bank sahkan lebih RM90 juta masuk akaun peribadi Najib
2 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Penganalisis ramal OPR naik lagi November depan
1 jam lalu
[VIDEO] Ismail Sabri, PM pertama berucap bahasa Melayu di PBB
September 24, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok