Bantahan Bung Moktar dan isteri terhadap keputusan diarah bela diri didengar 7 Julai

May 22, 2023 · Isu semasa

Mahkamah Rayuan akan mendengar bantahan awal pihak pendakwaan terhadap rayuan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isteri, Datin Seri Zizie Izette Ab Samad akan pada 7 Julai ini.

Ahli Parlimen Kinabatangan dan isterinya sebelum ini membuat rayuan berhubung keputusan yang memerintahkan mereka membela diri atas tiga pertuduhan rasuah.

Timbalan Pendakwa Raya Law Chin How berkata, bantahan awal itu akan didengar walaupun pihak berkenaan masih belum menerima rekod rayuan.

“Mahkamah mengarahkan hujahan bertulis difailkan pada 22 Jun ini,” katanya dipetik laporan BH.

Beliau berkata demikian selepas sesi pengurusan kes di depan Timbalan Pendaftar, Mohd Khairi Haron manakala peguam Tey See Khoon mewakili Bung Moktar dan isterinya.

Law berkata, jika bantahan awal ditolak pada tarikh berkenaan, rayuan akan disebut pada 17 Julai ini bagi memaklumkan perkembangan rekod rayuan.

Pada 3 Mei 2019, Bung Moktar didakwa atas dua pertuduhan menerima rasuah sebanyak RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan mendapatkan kelulusan FELCRA untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.

Bung Moktar yang ketika itu Pengerusi Bukan Eksekutif FELCRA didakwa menerima rasuah daripada Madhi Abdul Hamid melalui Zizie Izette di Public Bank cawangan Taman Melawati, antara jam 12.30 tengah hari dan 5 petang, 12 Jun 2015.

Bung Moktar juga didakwa menerima suapan RM335,500 daripada Norhaili Ahmad Mokhtar di bawah nama Zizie Izette atas sebab sama dan di tempat serupa pada 19 Jun 2015.

Pendakwaan terhadap Bung Moktar dikemukakan mengikut Subseksyen 17(a) Akta SPRM dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Zizie Izette pula mengaku tidak bersalah atas tiga tuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara itu.

Berita berkaitan
Dana judi : Parti politik disiasat jangan panik, kata Azalina
28 minit lalu· Politik
Bukan korek cerita lama, mahu harta rakyat dipulangkan: PMX
2 jam lalu· Politik
Jho Low : Agensi keselamatan Macau kecam SPRM
3 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
June 1, 2023· Isu semasa
Popular
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023
PN hantar 3 soalan untuk Anwar jawab di Parlimen
June 2, 2023
Jho Low : Agensi keselamatan Macau kecam SPRM
June 2, 2023
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
June 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Menteri akui bekalan air di Sabah kritikal
1 jam lalu · Isu semasa
PN hantar 3 soalan untuk Anwar jawab di Parlimen
4 jam lalu · Isu semasa
PN bawa usul berkait kalimah ALLAH ke Parlimen
7 jam lalu · Isu semasa
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
June 1, 2023 · Isu semasa
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
June 1, 2023
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
June 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok