Bank masih buka moratorium bawah PEMULIH: Timb Menteri Kewangan

October 27, 2021 · Isu semasa

Permohonan moratorium di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) masih dibuka kepada peminjam yang memerlukan, kata Timbalan Menteri Kewangan I, Mohd Shahar Abdullah.

Justeru, katanya peminjam yang terjejas hanya perlu menghubungi bank masing-masing untuk membuat permohonan itu.

“Bagi peminjam lain yang juga terkesan dan memerlukan bantuan bayaran balik pinjaman selepas pakej PEMULIH tamat, bank-bank akan terus menyediakan pakej bantuan termasuk pengurangan bayaran ansuran bulanan mengikut kemampuan peminjam,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Khalid Abd Samad (PH-Shah Alam) sama ada kerajaan akan melanjutkan pemberian moratorium kepada individu dan perusahaan di samping sama ada akan memperkenalkan pemberian moratorium tanpa faedah terakru.

Beliau berkata industri perbankan telah mengumumkan Skim Pengurusan dan Ketahanan Kewangan (URUS) bagi golongan 50 peratus terbawah kumpulan pendapatan (B50) iaitu isi rumah berpendapatan sehingga RM5,880 yang masih terkesan akibat pandemik Covid19, pada 14 Oktober lalu.

Menurutnya skim yang menyeluruh ini bukan sahaja membantu peminjam membuat pembayaran balik pinjaman mengikut kemampuan mereka, malah peminjam juga mendapat manfaat menerusi nasihat pengurusan kewangan yang boleh meningkatkan daya tahan kewangan mereka dalam jangka panjang.

“Di bawah program ini, peminjam golongan B50 yang memenuhi syarat akan mendapat pengecualian faedah selama tiga bulan dan juga pilihan untuk mengurangkan bayaran ansuran pinjaman sehingga 24 bulan keseluruhannya,” katanya.

Beliau berkata peminjam juga boleh memohon pelbagai program yang ditawarkan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) seperti Program Pengurusan Hutang, Skim Penyelesaian Pinjaman Kecil dan Skim Sokongan Daya Tahan Kewangan.

Program ini dilaksanakan dengan kerjasama dan sokongan institusi perbankan, dan mempunyai ciri-ciri seperti ansuran bulanan yang berkurangan, pelanjutan tempoh bayaran balik dan program sokongan daya tahan kewangan, katanya.

Berita berkaitan
PMX pertahan cadangan cagar akaun KWSP, tiada risiko besar
March 21, 2023· Isu semasa
PMX pertahan cadangan cagar KWSP untuk buat pinjaman
March 11, 2023· Isu semasa
Moratorium hingga enam bulan ditawar Bank Islam kepada mangsa banjir
March 8, 2023· Isu semasa
RM8 bilion dibayar dalam pertikaian melibatkan 1MDB: MOF
February 28, 2023· Isu semasa
Popular
Lawatan Anwar ke Arab Saudi tak dilayan seperti ketua negara?
March 26, 2023
Selepas tak dapat jumpa Putera Mahkota, PMX lawat Kemboja esok
March 26, 2023
Pelajar 14 tahun untung berniaga, bayar zakat RM10,000 kepada MAIK
March 26, 2023
Tiada masalah nak bina kuil, ikut syarat, jaga sensitiviti umat Islam
March 26, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Ayam cukup bekalan sehingga Aidilfitri, kata Menteri
9 jam lalu · Isu semasa
Selepas tak dapat jumpa Putera Mahkota, PMX lawat Kemboja esok
9 jam lalu · Isu semasa
Tiada masalah nak bina kuil, ikut syarat, jaga sensitiviti umat Islam
14 jam lalu · Isu semasa
Pelajar 14 tahun untung berniaga, bayar zakat RM10,000 kepada MAIK
15 jam lalu · Isu semasa
Banjir: Semua PPS di Johor ditutup
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar bohong untuk lindungi Guan Eng, aniayai Muhyiddin
March 24, 2023
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok