Bank Islam tambah kemudahan pembiayaan kepada siswa, belia

March 28, 2021 · Isu semasa

Bank Islam Malaysia Bhd memperluaskan kemudahan pembiayaan mikro BangKIT dalam segmen kepada usahawan siswa dan belia bagi menggalakkan golongan muda menceburi bidang keusahawanan selain menyokong kelangsungan dan perkembangan perniagaan sedia ada.

Usaha berkenaan membabitkan pemeteraian perjanjian usahasama strategik antara Bank Islam dan dua rakan pelaksana baharu iaitu Universiti Malaysia Kelantan dan Majlis Belia Malaysia baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Mohd Muazzam Mohamed berkata, kemudahan itu dapat menyediakan sokongan dana yang diperlukan dalam membantu perniagaan, selain memperkasakan pengetahuan dan kemahiran usahawan siswa dan belia agar dapat berdaya tahan, inovatif dan bersaing dalam persekitaran perniagaan yang mencabar.

Beliau berkata, Bank Islam berharap usaha itu dapat memberi motivasi dan memperkukuh ekonomi kehidupan usahawan siswa dan belia, sekali gus menyumbang kepada peningkatan pembabtan golongan muda dalam bidang keusahawanan dan perniagaan.

“Kami turut bersedia untuk bekerjasama dengan lebih banyak universiti awam dan swasta bagi usaha ini,” katanya dalam kenyataan Ahad.

Menurut Bank Islam kemudahan pembiayaan mikro BangKIT, dilancarkan pada 25 November tahun lalu, memanfaatkan sumbangan atau sedekah yang diterima daripada masyarakat umum atau organisasi melalui Dana Kekal menerusi platform pendanaan awam Bank Islam, Sadaqa House, bagi membantu usahawan mikro yang layak.

Penerima kemudahan pembiayaan akan turut diberi latihan dan bimbingan perniagaan secara praktikal yang dijalankan oleh rakan pelaksana bagi memastikan pertumbuhan dan kemampanan perniagaan yang diusahakan.

Menerusi sinergi berimpak tinggi dengan rakan pelaksana lain, BangKIT juga membimbing usahawan mikro yang sebelum ini tidak mendapat perkhidmatan perbankan untuk menjadi kumpulan pelanggan yang layak mendapat perkhidmatan perbankan.

Pembiayaan Mikro BangKIT ditawarkan di bawah kontrak Qard (pinjaman tanpa faedah), serendah RM500 dan sehingga RM3,000 bagi perniagaan baharu, dan RM3,000 hingga RM20,000 bagi tujuan pengembangan perniagaan dengan tempoh bayaran balik di antara enam bulan dan tiga tahun.

Berita berkaitan
Ketika rakyat sudah dibebani harga barang naik, caj QR DuitNow jadi pertikaian
September 29, 2023· Isu semasa
Penagih dadah meningkat 27 peratus, kata AADK
September 21, 2023· Isu semasa
Pengundi muda perlu celik tanggungjawab mengundi, PRN penentu hala tuju negara
August 8, 2023· Politik
Masalah kewangan, tekanan ekonomi punca pasangan muda bercerai
July 25, 2023· Isu semasa
Popular
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia
April 9, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok