Banjir: Tiga negeri sudah dibuka PPS bagi tempatkan mangsa banjir

November 9, 2022 · Isu semasa

Pusat pemindahan sementara (PPS) yang sudah dibuka seluruh negara kini sebanyak lima pusat yang melibatkan tiga negeri iaitu Johor, Pahang dan Kelantan.

Menurut laporan media, setakat pagi ini pihak Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) berkata jumlah keseluruhan mangsa terlibat sebanyak 113 orang dan 32 keluarga.

Di Johor, tiga PPS yang dibuka terletak di daerah Segamat masing-masing di Balai Raya Kampung Batu Badak, Balai Raya Kampung Kuala Paya dan Dewan Komuniti Tasek.

Satu PPS yang dibuka di Kelantan dan Pahang pula masing-masing terletak di Sekolah Kebangsaan Tok Deh di Pasir Mas dan Sekolah Menengah Agama Al Falah di Raub.

Dalam pada itu, tinjauan stesen oleh Jabatan Pengairan dan Saliran pula mendapati terdapat lima sungai di dalam negara berada pada paras bahaya iaitu di Sungai Pulai di Johor Bahru, Johor; Sungai Melaka di Alor Gajah, Melaka; Sungai Perlis di Kangar, Perlis; Sungai Batang Trusan di Sundar, Limbang, Sarawak dan Sungai Klang, Selangor.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Tanda rakyat tolak penipuan kerajaan campuran PH-BN, kata Muhyiddin
2 jam lalu· Politik
Mesej jelas rakyat tolak kerajaan campuran dan Kabinet kleptokrat: Azman
2 jam lalu· Politik
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
13 jam lalu· Politik
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
14 jam lalu· Politik
Popular
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
December 5, 2022
Selepas Anwar lantik diri jadi Menteri Kewangan, ketua setiausaha perbendaharaan dicutikan?
December 6, 2022
Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Najib singkir Sri Ram
December 7, 2022
32 mangsa banjir di daerah Jelebu dipindahkan
December 7, 2022
Lagi Isu semasa terkini
1MDB: Mahkamah tolak permohonan Najib dapatkan dokumen perbankan
1 jam lalu · Isu semasa
Enam pesakit Covid-19 meninggal dunia semalam, 1,682 kes baharu
4 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Najib singkir Sri Ram
16 jam lalu · Isu semasa
Saman ibu model warga Belanda dibunuh akan dibicarakan
18 jam lalu · Isu semasa
32 mangsa banjir di daerah Jelebu dipindahkan
December 7, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
19 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
December 7, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok