Banjir Terengganu: Bomba, mangsa berlindung atas bumbung rumah

February 27, 2022 · Isu semasa

Sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat Kuala Berang terpaksa berlindung di atas bumbung rumah bersama penduduk kampung, termasuk seorang wanita hamil, setelah banjir naik mendadak ketika operasi menyelamat di Kampung Lubuk Pait, Hulu Terengganu.

Mereka terpaksa bertindak demikian kerana tidak mahu membahayakan keselamatan diri anggota bomba dan penduduk, kerana air deras naik mendadak selain hujan lebat.

Seorang penduduk Nor Hafizah Mohd Amin menerusi laman Facebooknya yang dimuat naik jam 10.22 pagi tadi memberitahu keluarganya di Kampung Lubuk Pait terperangkap di atas bumbung dan belum mendapat bantuan.

“Mohon bantuan kepada mana-mana yang berkenaan. Keluarga saya masih belum dapat bantuan di Kampung Lubuk Pait… rumat Mat Amin… 5 beranak… mak, ayah, adik, abang dan kakak ipar yang mengandung. Atas atap sekarang ini,” tulisnya.

Sementara itu memetik BHonline ketika ini, pasukan penyelamat bersama 25 mangsa yang sebelum ini diselamatkan dari beberapa kampung seperti Kampung Tapah dan Kampung Cheting terpaksa berlindung di atas bumbung kediaman penduduk, sementara menunggu bantuan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, Hanaffi Mohd, dilaporkan berkata pihaknya tidak mahu mengambil risiko meredah banjir berikutan keadaan arus yang deras selain hujan lebat.

Beliau berkata, bomba berjaya mengambil mangsa di Kampung Tapah, Kampung Cheting, Kampung Peneh dan Kampung Sekayu yang dinaiki air, dari kediaman masing-masing tetapi tidak dapat keluar ke kawasan selamat berikutan air semakin deras.

“Kami menerima panggilan untuk menyelamatkan mangsa di Kampung Tapah pada jam 4 pagi dan Kampung Cheting, Kampung Peneh serta Kampung Sekayu, pada jam 5.15 pagi.

“Usaha menyelamatkan dilakukan dalam keadaan gelap dengan keadaan air yang semakin tinggi dan deras, dibantu penduduk kampung.

“Semua mangsa berjaya diselamatkan, namun kita berdepan kesukaran untuk membawa keluar mangsa dari kawasan banjir kerana air semakin tinggi,” katanya.

Beliau berkata, bomba juga terserempak dengan beberapa penduduk lain yang mahu keluar dan mereka diletakkan di lokasi selamat sementara menunggu ketibaan bot penyelamat.

Hanaffi berkata, pihaknya turut menenangkan mangsa yang panik berikutan keadaan air yang naik dengan cepat.

“Setakat ini, jumlah sebenar mangsa yang terperangkap masih belum diketahui. Kita juga sudah menghubungi ibu pejabat untuk mendapatkan bantuan, termasuk helikopter,” katanya.

Banjir hampir menenggelamkan rumah penduduk di Kampung Lubuk Pait, Hulu Terengganu, hari ini. – – Gambar FB Nor Hafizah Mohd Amin

Berita berkaitan
UMNO Terengganu berkempen untuk calon sendiri, bukan PAS
16 jam lalu· Politik
Petisyen bantah PRU-15 semasa banjir dilancar, mahu halang Zahid ‘redah’
September 28, 2022· Politik
Selamatkah minum air hujan?
September 25, 2022· Isu semasa
ATM siap siaga berdepan banjir
September 24, 2022· Isu semasa
Popular
Mahkamah tolak permohonan Shafee gantung prosiding saman LHDN
September 28, 2022
Peguam Najib kata RM60.6j hadiah Saudi, tapi saksi tak dapat sahkan
September 28, 2022
Kes Ebit Lew: Saksi minta mangsa buat laporan polis di Sabah
September 28, 2022
‘Mencurah wang’ daripada syarikat berkait Jho Low masuk akaun Najib
September 28, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan perlu wujudkan mekanisme pantau, nilai pelaksanaan syor MPN
6 jam lalu · Isu semasa
SRC, 2 anak syarikat selesai saman terhadap Putrade Property: Laporan
6 jam lalu · Isu semasa
Hampir 16,000 anggota agensi bencana siap sedia di Selangor
7 jam lalu · Isu semasa
Pakar motivasi nafi cuba rosakkan reputasi Ebit Lew
7 jam lalu · Isu semasa
FAA akan letak semula keselamatan udara kita ke Kategori 1: Laporan
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Sampai kiamat pun Guan Eng kata saya menteri gagal, sindir Hishammuddin
September 27, 2022
[VIDEO] PAS komited bersama PN, akan umum hala tuju PRU15
September 27, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok