Banjir: Semua 30 kru filem terperangkap di Gua Tempurung dikeluarkan

October 26, 2022 · Isu semasa

Kesemua 30 kru perfileman yang terperangkap di Gua Tempurung, Gopeng, Perak semasa penggambaran filem terbitan Hong Kong telah diselamatkan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata, mereka dimaklumkan mengenai kejadian itu pada jam 4.04 petang tadi (26 Oktober 2022).

“Pasukan anggota bomba dari Gopeng dan Kampar telah dihantar ke tempat kejadian.

“Terdapat 30 orang terperangkap di dalam gua itu ketika merakam filem apabila hujan lebat menyebabkan pintu masuk utama tidak dapat dilalui,” katanya sambil menambah kesemua mangsa diselamatkan pada jam 5.45 petang.

Tambahnya, tiada kecederaan dilaporkan dan mereka semua selamat dan sihat.

Difahamkan mereka sedang menjalani penggambaran filem terbitan Hong Kong di dalam gua itu ketika kejadian itu berlaku pada jam 4 petang.

Ketua Polis Daerah Superintendan Mohamad Nazri Daud berkata hujan lebat bermula jam 3 petang hari ini.

Gua Tempurung dikenali sebagai salah satu gua batu kapur terpanjang dan terbesar di Semenanjung Malaysia.

Berita berkaitan
Lelaki dalam video tular sokong Israel ditahan polis
December 7, 2023· Isu semasa
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023· Isu semasa
Bergantung kepada siasatan sama ada tangkap Agus atau tidak: Razarudin
December 5, 2023· Isu semasa
Polis siasat Muhyiddin berhubung ucapan semasa ceramah PRK Kemaman
December 2, 2023· Politik
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Hutang Kerajaan Persekutuan meningkat sebanyak RM100.2 bilion setakat 2021
February 16, 2023
Orang ramai dinasihati waspada penyamaran dan penipuan melalui WhatsApp
December 7, 2023
Pelabur asing rekod jualan bersih minggu lepas: MIDF
December 11, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
2 jam lalu · Isu semasa
Ringgit dibuka rendah RM4.67 berbanding dolar
6 jam lalu · Isu semasa
Pelabur asing rekod jualan bersih minggu lepas: MIDF
6 jam lalu · Isu semasa
KBS akan beri penjelasan padang Bukit Jalil rosak minggu depan, kata menteri
December 9, 2023 · Isu semasa
Mat Sabu kata bekalan bawang negara mencukupi
December 9, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Setahun Anwar Ibrahim perdaya rakyat dengan janji politik
December 9, 2023
[VIDEO] Dr Sam angkat sumpah Ahli Parlimen Kemaman
December 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok