Banjir: PM enggan layan Asyraf berhubung desakan pengeluaran KWSP

December 26, 2021 · Isu semasa

Tuntutan Datuk Asyraf Wajdi Dusuki enggan dilayan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas sekali lagi menyuarakan cadangan supaya pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan kerajaan kepada mangsa banjir.

Ketua Pemuda UMNO itu sebelum ini mendesak agar cadangannya diterima Ismail Sabri, walaupun tuntutannya berkali-kali tidak dilayan kini beliau masih lagi mendesak agar pengeluaran KWSP dibenarkan dengan alasan mahu membantu mangsa banjir pula.

Ismail Sabri menjelaskan langkah tersebut bukan suatu keperluan buat masa ini, ia berikutan kerajaan sudah memperuntukkan dana dan mengumumkan bantuan yang mencukupi untuk membantu mangsa banjir di seluruh negara, selain sedia menambah peruntukan berkenaan.

Selain itu, katanya, kerajaan bimbang dengan jumlah baki simpanan dalam akaun pencarum KWSP susulan dua kali pengeluaran menerusi i-Sinar dan i-Citra, dengan ada antaranya berisiko menjadi miskin tegar selepas pencen.

“Ada banyak kemudahan diumumkan kepada mangsa banjir. Jika ada yang mahu buka perniagaan untuk yang terjejas banjir, TEKUN menawarkan pinjaman RM10,000 tanpa faedah dan moratorium, iaitu tidak perlu bayar balik pinjaman selama setahun.

“Bagi yang mahu beli barang keperluan rumah, Bank Simpanan Nasional (BSN) akan beri pinjaman persendirian RM10,000 tanpa faedah, dan moratorium selama enam bulan.

“Kerajaan sudah sediakan kemudahan ini. Jika apa yang disediakan ini digunakan, Insya-Allah ia boleh membantu mangsa banjir,” katanya pada sidang media di Masjid Al-Muttaqin hari ini.

Ia bukan kali pertama Asyraf membuat tuntutan berhubung isu wang KWSP sehingga Kementerian Kewangan (MoF) terpaksa tampil membuat penjelasan.

KWSP telah memberi penjelasan terperinci berkaitan perkara itu pada 31 Oktober lalu, tetapi Ketua Pemuda UMNO itu terus mendesak setelah beliau dan pergerakannya dikecam kerana memberi harapan palsu berkenaan pengeluaran one-off itu.

MoF memberi penjelasan bahawa seramai 3.6 juta ahli KWSP kini mempunyai simpanan kurang RM1,000, manakala 6.1 juta lagi kurang RM10,000.

MoF berkata punca utama keadaan itu adalah berikutan pengeluaran bernilai RM101 bilion susulan inisiatif i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra akibat pandemik Covid-19.

Penyusutan jumlah simpanan itu lebih merisaukan bagi pencarum Bumiputera yang mewakili 78 peratus atau lebih tiga perempat yang memohon untuk fasiliti pengeluaran berkenaan.

Berikutan itu, seramai 4.4 juta atau 54 peratus pencarum Bumiputera kini mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000, manakala dua juta atau 25 peratus lagi mempunyai kurang daripada RM1,000.

Pengagihan simpanan sudah menjadi semakin tidak saksama. Kumpulan 40 peratus terbawah ahli KWSP, merangkumi lebih kurang lima juta ahli menyaksikan simpanan mereka jatuh sebanyak 38 peratus kepada hanya RM8 bilion, menjadikan baki simpanan median sebanyak RM1,005.

Kumpulan 40 peratus pertengahan juga mengalami kejatuhan sebanyak 18 peratus kepada RM155 bilion atau baki median RM24,995.

Berita berkaitan
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024· Isu semasa
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia
April 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok