Banjir: Penutupan 10 jalan di Kota Tinggi dan dua di Mersing

March 3, 2023 · Isu semasa

Sebanyak 10 jalan di daerah ini telah ditutup untuk semua kenderaan kerana dinaiki air susulan hujan lebat berterusan sejak semalam.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Kota Tinggi, menerusi Facebook rasminya, memaklumkan penutupan itu melibatkan Jalan Tun Sri Lanang (Bandar Kota Tinggi), Jalan Kampung Kelantan atau Kampung Panti serta Jalan Mawai Lama (Rumah Burung), lapor Bernama.

“Turut ditutup Jalan Sungai Telor selain Jalan Semangar Dalam dan Jalan Kota Tinggi-Kluang (MARA) susulan air deras dengan kesemua jalan berkenaan paras airnya melebihi 0.4 meter,” menurutnya, malam tadı.

Jabatan itu turut memaklumkan, empat lagi jalan iaitu Jalan Johor Bahru-Endau (Ladang RISDA), Jalan Johor Bahru-Endau (Yatamacity), Jalan Johor Bahru-Endau (sebelum hentian Rehat dan Rawat (RnR) Panti) serta Jalan Johor Bahru-Endau (RnR Panti) turut ditutup sepenuhnya dan pengguna disaran menggunakan jalan alternatif (lencongan).

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Mersing, Supt Abdul Razak Abdullah Sani, ketika dihubungi Bernama malam ini, berkata dua jalan di daerah Mersing turut ditutup kepada semua kenderaan melibatkan Jalan Nitar Utama dan Jalan Nitar-Tanah Abang.

Berita berkaitan
Mangsa banjir Batu Pahat menurun tinggal 13,872 di PPS
23 jam lalu· Isu semasa
Bursa ditutup rendah lagi hari ini
March 13, 2023· Isu semasa
Isu banjir Johor, kita pun naik malu nak cakap: TMJ
March 13, 2023· Isu semasa
Masih ramai mangsa banjir ditempatkan di PPS tiga negeri
March 11, 2023· Isu semasa
Popular
Isteri pelakon bawa watak Anwar mohon cerai: Laporan
March 20, 2023
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Kempen antirasuah Anwar hanya mahu singkir pembangkang: Tun M
March 20, 2023
Che’gu Bard dakwa Anwar, DAP lindungi kesalahan menteri KBS
March 20, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Indira kemuka saman 8 negeri tuntut isytihar tukar agama unilateral tak sah
7 jam lalu · Isu semasa
Kos haji bagi B40 kekal RM10,980 dengan RM400 juta peruntukan bantuan
10 jam lalu · Isu semasa
Jangan kata kita nak bunuh TnG, kata Loke
10 jam lalu · Isu semasa
Che’gu Bard dakwa Anwar, DAP lindungi kesalahan menteri KBS
11 jam lalu · Isu semasa
Kempen antirasuah Anwar hanya mahu singkir pembangkang: Tun M
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anak muda pantang ditipu, lebih yakin dengan Perikatan
17 jam lalu
[VIDEO] Sertai Pakatan dakyah ‘cybertrooper’, PAS tawakal dengan Bersatu
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok