Banjir: Penduduk lima kampung di Lipis kena waspada 3 pagi Isnin

January 1, 2022 · Isu semasa

Lima kampung di daerah Lipis, Pahang diramal akan dinaiki air mulai jam 3 pagi Isnin (3 Januari 2022), lapor Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Lima kampung terbabit ialah Kampung Bukit Betong; Kampung Demik; Kampung Kuala Telang; Kampung Telang; Kampung Tempinang; dan kawasan rendah di sekitarnya.

JPS berkata ramalan itu dibuat susulan Amaran Hujan Berterusan Berbahaya yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia jam 6.30 pagi tadi.

Sehubungan itu, semua agensi pengurusan bencana serta penduduk, terutama di kawasan yang dijangka banjir diminta bersiap sedia dan berwaspada serta peka dengan arahan pihak berkuasa.

Sementara itu, 10 sungai di lima negeri – Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Melaka dan Kelantan – mencatatkan paras air melebihi tahap bahaya, susulan hujan lebat semalam.

Ia melibatkan masing-masing tiga sungai di Negeri Sembilan, Johor dan Pahang; dan satu di Melaka dan Kelantan.

Tiga sungai di Negeri Sembilan melibatkan Sungai Muar di Pekan Rompin dengan trend menaik; Sungai Serting di Kampung Datuk Johan, Jempol (menurun); Sungai Gemencheh di Empang Sungai Dua, Tampin (menurun); dan Sungai Muar di Kampung Berembang, Kuala Pilah (menaik).

Di Johor, membabitkan Sungai Muar di Kampung Awat, Segamat dengan trend menaik; Sungai Segamat di Bandar Segamat (menaik); dan Sungai Tangkak di Kampung Seri Makmur, Tangkak (tiada perubahan).

Di Pahang, paras air di tiga sungai menunjukkan trend menaik iaitu Sungai Serting di Jambatan Padang Gudang, Bera; Sungai Luit di Kampung Subuh, Maran; dan Sungai Kechau di Kampung Dusun, Lipis.

Di Kelantan membabitkan Sungai Kelantan di Kuala Krai yang menunjukkan trend menurun, manakala di Melaka melibatkan Sungai Melaka di Batu Hampar, Melaka Tengah dengan trend menurun.

Sementara itu, sungai di sembilan negeri – Pahang; Johor; Kelantan; Negeri Sembilan; Melaka; Sarawak; Terengganu; Selangor; dan Perak – pula menunjukkan 21 tahap amaran dan 36 waspada.

Portal Info Banjir JPS juga menunjukkan paras air di lapan daripada 10 sungai itu masih menunjukkan pola peningkatan, sekali gus berisiko menyebabkan banjir atau memburukkan lagi bencana itu.

Berita berkaitan
Tiada unsur penyelewengan dalam projek Musang King di Kedah, kata SPRM
22 jam lalu· Isu semasa
Laporan penuh banjir Baling dibentang pada 4 Ogos
July 30, 2022· Isu semasa
Polis kesan tujuh kereta mewah dipandu secara berbahaya
July 19, 2022· Isu semasa
Isu ladang durian, Sanusi minta Mukhriz-Ahmad Bashah berhenti tuduh menuduh
July 13, 2022· Isu semasa
Popular
Serang ustaz, pelajar tahfiz: Dua lelaki ditahan, tiga masih diburu
August 12, 2022
Menteri agama gesa KDN ambil tindakan wanita pakai ihram lelaki
August 12, 2022
Skandal LCS: “Duit BNS sudah habis, esok pun company boleh lingkup”
August 13, 2022
Jho Low, bapa abai perintah beku aset: 1MDB dibenar bertindak
August 13, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Pakar ekonomi jangka OPR naik dua kali lagi, mungkin naik bayaran pinjaman
2 jam lalu · Isu semasa
Jho Low, bapa abai perintah beku aset: 1MDB dibenar bertindak
4 jam lalu · Isu semasa
Kementerian ambil tindakan segera insiden pelanggaran data iPay88
5 jam lalu · Isu semasa
Skandal LCS: “Duit BNS sudah habis, esok pun company boleh lingkup”
5 jam lalu · Isu semasa
Jumlah pesakit sembuh semalam mengatasi jangkitan baharu Covid
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok